Pagis

Tuesday, November 21, 2017

"Itu pun tak tahu?"

Mohamad Feroz Zaini
November 18 at 7:40pm
"Itu pun tak tahu?"

.
.

Siapa yang seumur hidup tidak pernah menerima ayat atau dialog seperti diatas ?

Lantas saya bertemu dengan beberapa orang ustaz, pensyarah universiti dan perunding motivasi.

Bertanyakan tentang ayat tersebut.

Soalan saya berbunyi:

Apakah Nabi Muhammad pernah mengucapkan ayat seperti itu ?

Jawapan yang saya terima ialah - TIDAK. Rasulullah TIDAK PERNAH mengucapkan ayat seperti itu.

Jadi, apa yang Nabi buat jika umatnya dalam keadaan jahil, tidak tahu atau kurang ilmu ?

Jawapannya ialah. Nabi akan terus memberikan jawapan atau solusi TANPA MENJATUHKAN MARUAH SESIAPA.

Apabila seseorang bertanya tentang sesuatu perkara. Ada beberapa situasi akan berlaku.

1. Orang yang bertanya tidak tahu.
2. Orang yang ditanya ada kemungkinan tahu tentang apa yang ditanya.
3. Orang yang bertanya menghormati orang yang ditanya.
4. Orang yang ditanya berada dikedudukan lebih mengetahui.

Ini membawa maksud. Orang yang bertanya mengharapkan jawapan dari orang yang ditanya.

Tetapi, sekiranya orang yang ditanya juga tidak mempunyai jawapan. Maka, dengan menjawab - Maaf, saya tak tahu. Adalah jawapan paling bijak.

.
.

Kenapa status saya kali ini sangat berlainan dari semua status saya sebelum ini ?

Beberapa hari lalu, telah berlaku satu dialog yang menyebabkan saya amat-amat tersinggung.

Kejadian berlaku dalam sebuah masjid.

Saya telah bertanyakan kepada seorang ustaz tentang satu hukum, yang saya sendiri tidak pasti.

"Ustaz, apa hukumnya apabila hukum faraid itu tidak dilakukan dalam kadar waktu paling cepat selepas kematian seseorang?"

Jawapan yang saya terima:

"Itu pun awak tak tahu?"

Dan ramai jemaah mentertawakan saya.

YA. Kerana saya tidak tahu maka saya bertanya.

Selepas itu saya mendiamkan diri.

.
.

Kemudian. Berlaku satu lagi peristiwa dimana seorang sahabat saya agak kurang fasih berbahasa Inggeris.

Bila beliau bertutur dalam bahasa Inggeris, terlalu banyak kesilapan berlaku.

Dan, kerana kesilapan itu beliau telah disindir.

Paling menghibakan. Apabila beliau bertanya apakah jawapan atau ayat yang betul ?

Jawapan yang diterima sungguh menghiris kalbu.

"Itu pun you tak tahu?"

.
.

Sekarang. Terbit satu persoalan dalam fikiran saya yang sungguh dhaif, kerana saya sendiri pun banyak yang saya tak tahu.

Apakah jawapan: "Itu pun tak tahu?" Boleh menaikkan darjat orang yang ditanya ?

Dan dalam masa yang sama. Ayat - "Itu pun tak tahu?" Boleh dan berupaya - MEMANDAIKAN BANGSA ?


sumber/kredit : Abang Long

penafian: ini bukan tulisan saya, saya cuma kongsi sahaja daripada penulis asal iaitu Abang Long, penulis buku Aku,Dia & Rezeki, Boleh layari facebook beliau dengan klik tulisan abang Long di atas tu. Banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada tulisan beliau =)

14 comments:

sofie adie said...

ouch! memang pedih bila ada org bagi statement mcm tu. kadang diri sendiri pun pernah terbuat kala terlupa...T_T
moga tak berulang dimasa hadapan....

al-lavendari said...

terima kasih berkongsi satu peringatan yg baik.

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat mizi. Semoga menjadi pengajaran untuk kita bersama

Safirul Amar said...

Petikanayat yg terbaik.. Namun Berhati hati....jgn jadi riak seperti ustaz itu...ilmu, harta semuanya adalah pinjaman...ada cara utk menjawab pertayaan dgn gaya sopan...tidak perlu angkuh...

At-Tarmizi said...

sofie adie betul,kadang tak sengaja terkeluar ayat tu =)

At-Tarmizi said...

al-lavendari sama-sama, kredit kepada penulisnya Abang Long, saya kongsikan sahaja =)

At-Tarmizi said...

Unknown insya-Allah..amin =)

At-Tarmizi said...

Safirul Amar betul, semuanya adalah pinjaman sahaja, insya-Allah..amin. =)

Cik Tie said...

Fuhh memang terasa la kalau terkena batang hidung sendiri. Dah la lain yang ditanya lain pula jawapannya. Tapi kadangkala terkeluar juga ayat camnii. Apapun semoga ianya tidak berulang lagi. In Shaa Allah

Warisan Petani said...

Jawapan yang pedih menusuk kalbu.

At-Tarmizi said...

Cik Tie insya-Allah...amin. =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani itu lah pasal, tak elok buat macam tu.

Shahida Dzulkafli said...

Allah.. Mungkingkah saya pun ada menuturkan ayat sebegini.. Menjadi pengajaran kepada saya..

At-Tarmizi said...

Shahida Dzulkafli menjadi pengajaran untuk kita semua =)

Post a Comment