Monday, December 26, 2016

Pencari Jalan Lurus



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...

Pertama kali dalam blog ini, saya cuba untuk menulis "review" mengenai drama yang saya tonton hari ini. Drama ini ialah drama tahun 2013, tetapi saya baru menontonnya hari ini. Drama ini menarik minat saya, jadi saya membuat keputusan untuk menulis "review"  mengenai drama ini dan berkongsi dengan pembaca atau sesiapa sahaja yang membaca/terbaca blog saya ini. Harapnya ada yang sudi membaca "review" saya ini.

Tajuk drama: Pencari Jalan Lurus(2013), siaran tv Al-Hijrah

Image result for pencari jalan lurus


Sinopsis: Mustakim, seorang anak kepada keluarga kaya di mana keluarganya mempunyai rangkaian kedai serbaneka 24 jam dan mempunyai beberapa cawangan. Tetapi Mustakim tidak mahu bekerja dengan keluarganya, sebaliknya bekerja sebagai pemandu bas/penjaga perpustakaan bergerak. Mustakim bertindak memlih pekerjaan ini kerana  beliau seorang yang sukakan buku, sayangkan buku dan dahagakan ilmu pengetahuan. Oleh itu, Mustakim memilih untuk menjadi seorang pemandu bas perpustakaan bergerak kerana merasakan pekerjaan ini sesuai dengan jiwanya. Melalui pekerjaan ini juga Mustakim dapat berkongsi ilmu dengan semua orang. Mustakim telah bertemu dengan Nailah, seorang gadis kampung yang bekerja kilang. Nailah seorang gadis yang suka membaca dan ini menyebabkan hubungannya dengan Mustakim menjadi rapat.  Selain berjumpa Nailah, Mustakim turut bertemu dengan watak-watak lain seperti Nenek Nailah, Ihsan, Dahlia, Fatah dan ramai lagi.
Tontonilah Pencari Jalan Lurus untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada Mustakim sepanjang bekerja sebagai seorang pemandu/penjaga bas perpustakaan bergerak.

Watak dalam drama Pencari Jalan Lurus

Mustakim- dilakonkan oleh Beto Kusyairy

Nailah- dilakonkan oleh Tiz Zaqyah

Ihsan-dilakonkan oleh Afzan Anak Wayang

Dahlia-dilakonkan oleh Ramona Zam-Zam

Nenek Siah- dilakonkan oleh Ku Faridah

Adik Fatah-dilakonkan oleh Muhammad Na'im Danial


Ulasan saya, cerita ini mempunyai jalan cerita yang ringkas, tetapi memberi banyak unsur dan nilai positif yang dapat diterapkan dalam kehidupan seharian dan juga kepada masyarakat. Selain itu, cerita ini juga turut menyelitkan kata-kata hikmah dan motivasi yang dapat menjadi panduan dan dorongan dalam kehidupan.


Drama Pencari Jalan Lurus-2013

sumber : youtube.com


semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.

4 comments:

Hasif said...

wa mcm menarik je citer ni mizi.. insyallah ada masa nnti boleh la sy tonton citer ni..

paridah said...

REVIEW MENARIK MESTI RAMAI YG MINAT NK TONTON

At-Tarmizi said...

Ahmad Hasif insya-Allah menarik. ☺

At-Tarmizi said...

paridah...terima kasih :)

Post a Comment