Pagis

Saturday, December 17, 2016

#MyTravelokaEscapade Sabah



Sabah....negeri di bawah bayu. Negeri Sabah memang terkenal dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati.

Saya memang menyimpan hajat untuk pergi ke negeri Sabah ini. Kebetulan pula, baru-baru ini traveloka telah menganjurkan pertandingan "you need a holiday lah". 

Apa itu traveloka?

Traveloka merupakan satu agensi pelancongan dan juga terdapat aplikasi dalam talian untuk memudahkan urusan pelancongan kepada sesiapa yang berminat untuk melancong.

"you need a holiday lah" pula merupakan pertandingan dimana peserta hanya perlu memilih satu destinasi daripada 10 destinasi pelancongan yang ditawarkan. Kemudian, peserta perlu menceritakan impian anda atau perkara yang akan dilakukan bila sampai di destinasi yang dipilih peserta tadi. Mudah dan menarik kan.


Okey, berbalik kepada destinasi yang saya ingin pergi iaitu Sabah.  Mengapa Sabah?

Jawapannya mudah, sebab saya tertarik dengan kecantikan dan tempat menarik yang sering saya lihat dalam kaca tv dan juga perkongsian gambar oleh rakan-rakan saya yang telah sampai ke Sabah. Sungguh menarik dan mempesonakan.

Di antara tempat menarik yang terdapat di Sabah yang saya kunjungi:

1) Gunung Kinabalu

Image result for gunung kinabalu

1) Gunung Kinabalu....sebab tak lengkap rasanya datang ke Sabah tapi tidak sampai ke Gunung Kinabalu....sekiranya tak dapat mendaki Gunung Kinabalu, dapat tengok dari jauh pun jadilah...teringin benar rasanya melihat Gunung Kinabalu ini dengan mata sendiri.

2) Desa Cattle Dairy Farm

Image result for desa cattle dairy farm mesilau kundasang

2) Desa Dairy Farm, macam dekat New Zealand kata orang. Memang menarik jika berpeluang melihat suasana seperti ini dengan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu. Keindahan panaroma itu barangkali sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya difahamkan pelawat juga boleh merasai sendiri cara memerah susu dan juga melihat penghasilan produk daripada tenusu. Malah difahamkan pengunjung juga boleh memberi susu kepada anak lembu.

3) Tambunan Rafflesia Reserve

Related image

Saya nak tengok bunga terbesar di dunia....bunga Rafflesia. Memang akan menjadi satu memori yang sukar dilupakan sekiranya berpeluang melihat sendiri bunga terbesar di dunia depan mata. Biasanya hanya dapat dilihat menerusi kaca tv sahaja.  Melihat indahnya ciptaan alam seperti bunga Rafflesia merupakan satu anugerah yang sangat luat biasa dan tak semua orang berpeluang melihatnya.

4) Sepilok Orang Utan Rehabiliation Centre
Image result for sepilok rehabilitation centre

Kenapa saya nak pergi tempat  ni? sebab utamanya saya pernah terbaca sebuah novel mengenai satu aktiviti untuk menyelamatkan orang utan daripada dieskploitasi dan diseludup....macam tulah lebih kurang sinopsis novel tu....saya pun tak ingat sangat, tajuk novel tu pun dah lupa...tapi dalam novel tu diceritakan akhirnya orang Utan ini berjaya diselamatkan dan dihantar ke Orang Utan Sepilok Rehabilition Centre. Lepas habis baca novel tu, saya menyimpan hasrat sekiranya berpeluang melawat Sabah, maka tempat ini harus saya lawati.

5) Pasar Filipina

Image result for pasar filipina di sabah

Okey, saya bukan seorang kaki shopping, tapi semasa zaman belajar dahulu, kawan saya memberitahu sekiranya ke Sabah, jangan lepaskan peluang untuk ke pasar Filipina. Menurut kawan saya, tempat tersebut meriah dengan pelbagai barangan yang dijual. Malah menurut kawan saya, ikan yang dijual di sini segar-segar belaka.

Banyak lagi tempat yang menarik di Sabah yang saya nak lawati..antaranya..Muzium Sabah, Coral Flyer, Kampung Budaya Monsopiad,  Keretapi North Borneo, serta pulau-pulau yang cantik di Sabah. Teringin juga nak melihat kampung yang dibina di laut, macam dalam cerita Lu Mafia, Gua Gangster yang dilakonkan oleh kumpulan Zero tu.......memang nampak cantik pemandangan dalam filem tu.

Jadi.....mana tahu ada rezeki saya untuk merealisasikan cita-cita saya untuk Sabah melalui pertandingan you need a holiday lah ni....jom join pertandingan ni....klik sahaja dekat sini~



mana tahu dapat pergi Sabah, dapat tengok Sumandak  pemandangan cantik dan tempat menarik untuk dikunjungi.

insya-Allah...

amin.

sumber gambar:googleimages.

0 comments:

Post a Comment