Pagis

Sunday, March 20, 2016

Beli Kipas Baru

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                                        Related image
sumber gambar:google.com(kipas baru saya bentuknya lebih kurang sama macam ni)

Cuaca yang panas menyebabkan suasana dalam rumah menjadi agak tidak selesa,begitu juga di tempat kerja....

Bertugas sebagai pengawal keselamatan waktu malam juga mula terasa bahang panas,lebih-lebih lagi kipas di tempat kerja sudah tidak berfungsi.......

Begitu panas,sehingga kerap minum air batu atau minuman bergas,lega cuma seketika..setelah minuman habis...panas kembali mula terasa....

Mengambil keputusan membeli kipas untuk diletakkan di tempat kerja....guna duit gaji sendiri nampaknya...kerana proses di tempat kerja untuk mendapatkan sesuatu barang agak leceh dan memakan masa...

Seterusnya melayari internet untuk mendapatkan serba sedikit panduan untuk membeli kipas dan mendapat beberapa panduan yang berguna seperti:


  1. Elakkan membeli barangan elektrik di pasaraya/hypermarket atau kedai runcit
  2. Cuba pergi ke beberapa kedai elektrik  untuk membuat perbandingan harga
  3. Cuba lakukan tawar-menawar
Setelah mengikuti tips-tips ini, saya telah membeli sebuah kipas jenama "Panasonic" dengan harga rm 89.00 berbanding harga asal RM 92.00.. agak mahal juga rasanya...tetapi kedai ini yang paling berdekatan dengan rumah dan harga yang dijual lebih rendah berbanding dengan kedai-kedai lain di sekitar kawasan rumah saya... bersama jaminan kedai selama setahun...

Semasa melakukan pembelian saya telah melakukan kesilapan seperti tidak meminta untuk dibuka bungkusan dalam kotak,hanya beranggapan ianya sama seperti "display" kedai....

Saya juga kena memasang sendiri kipas ini rupanya...saya beranggapan ianya sudah dipasang siap oleh kedai...memasangnya tidaklah susah.....cuma ikut arahan yang diberikan dalam panduan pasti dapat dipasang...

Kipas baru ini saya letakkan di rumah,manakala kipas lama di rumah saya membawanya ke tempat kerja...tetapi agak tidak berhati-hati semasa membawa kipas tersebut,"tengkuk" kipas itu patah....mujurlah masih boleh berfungsi cuma "kepala" dan "tengkuk" kipas tidak dapat disambung lagi......maka legalah saya ketika bertugas nanti......

Cuaca agak panas ketika ini,jadi harapnya segala aktiviti luar dapat dikurangkan.........

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.

10 comments:

Farrah MF said...

Dengan keadaan cuaca sekatang, jualan kipas dan aircond mesti meningkat kan,..

plain83 said...

Memang tengah panas gila sekarang ni, asyik telan minuman berais dan makan aikrim malaysia buatan sendiri, rasa lega jap je, lepas tu panas dan berpeluh semula... huhuh oh hujan turun laaa plz...

Dunia Zumal said...

Kipas memang sensitif pada tengkuknya, kipas Zumal banyak dah patah, ada semasa pindah, ada juga masa budak2 terlanggar sampai kipas jatuh

PeRdU cINta said...

betul...dalam keadaan cuaca sekarang ni...amat amat tidak digalakkan terlalu terdedah di luar..terutama kanak-kanak...

At-Tarmizi said...

Farrah MF mesti tauke aircond dengan kipas tengah senyum bahagia =)

At-Tarmizi said...

plain83 aiskrim Malaysia? lama dah tak makan....teringin pula rasanya..tulah tempat saya pun dah lama tak hujan =)

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal betul...kena lebih berhati-hati bila angkat tengkuk kipas nanti nampaknya =)

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta ya...setuju...kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air masak =)

budoxe lee said...

beli kipas yg besor tu. yg bilah dia besi.. laju2222 woo. sejuk

At-Tarmizi said...

budoxe lee haha..dah beli ni...pakai yang ni saja dulu =)

Post a Comment