Sunday, September 13, 2020

Ingat nak bela burung puyuh

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Sekarang ni saya asyik terfikir nak bela burung puyuh.

Saja nak buat hobi untuk melapangkan fikiran.

Tetapi,saya tak pandai sangat cara nak jaga burung puyuh ni. Memang tak ada asas langsung.

Jadi saya nak minta pendapat,idea dan tunjuk ajar daripada sesiapa sahaja yang membaca atau terbaca blog saya ni jika ada pengetahuan tentang cara bela burung puyuh,mohon kongsikanlah ya.

Saya cadang nak bela dua ekor sahaja dulu,jantan betina,sepasang.

Tapi tulah, sebelum mulakan projek bela burung puyuh ni saya nak juga ada basic sikit-sikit cara penjagaan atau penternakan burung puyuh ni.

Saya cadang nak mula dekat kawasan rumah sahaja dulu. Tak luas mana pun,tapi dapatlah kalau nak buah sebuah reban ayam yang kecil.

Niatnya,supaya petang saya ada aktiviti nak dibuat.

Sebelum ni,waktu petang saya akan pergi ke kebun seorang haji ni. Sebab dia ada bagi tumpang sekejap tanah dia kalau nak bercucuk tanam. Sekarang ni dah ada orang lain sewa tanah tu, jadi waktu petang saya agak bosan juga.

Mula fikir nak meniaga waktu petang,tapi tulah,asyik bertangguh sahaja,saya rasa memang tak ke mana idea saya nak berniaga waktu petang tu.

Jadi saya kena cari aktiviti lain waktu petang. Pagi saya berniaga di pasar borong,tengahari saya mesin kelapa untuk buat kelapa goreng/kerisik. Malam saya akan goreng kelapa dan kisar. Waktu petang saya tak tahu nak buat apa. Sekarang ni tidur saja waktu petang,bosan.


Peluang Perniagaan Menternak Burung Puyuh | Usahawan.com


Saya pun dan redha kalau burung puyuh saya kena curi. Sebab kawasan saya ni memang banyak pencuri.Jika hilang pun,lantaklah,asalkan saya ada aktiviti waktu petang.

Saya ada juga buat carian dekat google,cara nak bela burung puyuh,tapi tulah, susah juga nak faham ni kalau tak berguru.

Jadi saya harap adalah yang sudi berkongsi pengalaman jika ada membela burung puyuh.

Contohnya, apa masalah yang biasa dihadapi dalam membela burung puyuh,nak biak kan macam mana,berapa tempoh jangka hayat burung puyuh dan macam-macam lagi tentang cara nak bela burung puyuh ni.

Kongsikanlah ya,

semoga segala jasa baik tuan,puan diberkati Allah s.w.t,

semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.


insya-Allah...


amin.

9 comments:

shima jelani said...

bagusjuga idea Tarmizi tu.boleh usahakan sampai ianya menjadi realiti :)

cikguzim said...

Niat yg bagus...penternakan adalah perniagaan.

Shida Radzuan said...

Alamak..xtahu nk bg tips..sbb xpandai juge ^_^

Atie Zieya said...

bestnya ada hobi baru....

PeRdU cINta said...

Cuba rujuk jabatan veterinar kementerian pertanian dan industri makanan(maaf kalau kak PC silap)..mana tau boleh bantukan.Tak mustahil juga boleh dibantu oleh mereka dari segi modal dan keperluan.

#JMBELOG said...

SAYA PUN TAK PANDAI DALAM PENTERNAKAN INI
BOLEH RUJUK SINI https://bit.ly/2ZBo3ed

uncle gedek said...

teroskan hobi melukis!

Cik TK said...

Terus cari info yang berkaitan, tanya pada yang lebih tahu. Plan betul-betul. Mana tau menjadi, boleh buat niaga kan...

At-Tarmizi said...

terima kasih semua atas info dan pandangan,doakanlah supaya menjadi projek saya ni. =)

Post a Comment