Sunday, September 6, 2020

Belajar edit video

Assalamualaikum w.b.t  dan salam sejahtera semua.






Ini merupakan video yang saya cuba buat guna apps Viva Video.

Video ni bukan saya frust sangat artis kahwin, sejujurnya saya tak berapa kisah pun,cuma agak senang kalau saya guna subjek majlis kahwin artis ni sebagai video belajar saya.  Sekadar suka-suka.

Saya saja nak belajar edit video ni sebab saya percaya zaman akan datang kemahiran ni kena dikuasai semua orang.

Mungkin agak lambat bagi saya berbanding orang lain yang dah lama pandai edit video ni, tapi tak apalah, saya bukan nak bersaing dengan sesiapa. Saya cuma nak belajar untuk kepuasan diri sendiri sahaja.

Edit video ni seronok juga ya, cuma saya buat try and error sendiri sahaja. Perlahan-lahan buat video ni. Saya kena banyak tengok youtube lagi ni untuk senang faham fungsi setiap tools dalam apps ni.

Saya buat ni supaya saya faham dan tahu serba sedikit cara nak edit video.

Cara guna frame,masuk lagu,gambar, guna transition,dan banyak lagi lah.

Mohon doa semua supaya saya dapat mahir dan berkembang dalam bidang edit video ni.

Mungkin satu hari nanti akan jadi satu kemahiran yang berguna untuk saya di masa akan datang.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.

9 comments:

Warisan Petani said...

Boleh jadi youtuber lepas ni
Banyak boleh buat duit.

Dunia Zumal said...

Nice video. Memang ilmu editing video sangat berguna dan berharga

Abam Kie said...

abe kie pun teringin nak belajar gak edit video ni.

A m m i said...

tiada istilah "lambat" dalam belajar. teruskan belajar mizi

Atie Zieya said...

nice! boleh starts jadi youtuber dah :)

Syazni Rahim said...

Ya penting skill ni, dekat ipta pun banyak diberi assignment buat video sekarang :)

PeRdU cINta said...

InshaAllah berkat usaha dan latihan mesti boleh.

Cuya said...

tak terlambat untuk belajar.Good job!

At-Tarmizi said...

terima kasih semua =)

Post a Comment