Pagis

Monday, August 6, 2018

Kaki ampu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pernah jumpa dengan orang yang semua perkara dia tahu?

Saya pernah jumpa...dan saya juga pernah menjadi salah seorang daripada mereka.

Mengapa?

Pertamanya dahulu saya nak "impress" kan orang,saya tak nak dipandang sebagai seorang yang tak tahu apa-apa.

Jadi bila bersembang, saya akan acah-acah tahu,mungkin juga sebab saya takut jika cakap tak tahu,saya akan dipandang rendah dan diejek orang.

Tapi bila saya jumpa orang lain yang lebih hebat sembangnya...baru saya terasa macam sia-sia sahaja cubaan saya nak jadi orang macam ini.

Sebab saya sendiri rasa rimas bila bersembang dengan orang macam ini.

Semua perkara dia tahu,semua hal dia mahir...

Tapi memang ada orang yang sembangnya macam ini sebab dia memang tahu atau pandai perkara yang dibincangkan.

Tapi ada juga yang sembang pandai tapi setakat sembang sahajalah...saya pun dulu salah seorang daripada kategori ini, harapnya saya dah berubahlah...

Setakat ini,paling saya rasa menyampah bila pengalaman saya dahulu jumpa orang yang sembangnya kencang,bodek atau kuat mengampu tapi tak sedar yang dia pun kuli sahaja... Lebih teruk bahasa dia lagi dahsyat daripada bos,lebih sudu daripada kuah.

Tapi saya rasa mana-mana tempat mesti ada jumpa orang macam ini.

Yalah,zaman sekarang kerja susah nak dapat,selagi boleh mengampu untuk terus kerja,terus hidup terpaksalah buat ini.

Saya pun silap-silap lagi kuat mengampu agaknya nanti.

1 comments:

aisyah elsa said...

orang yang acah semua benda dia master ni memang annoying. lagi annoying bila dia tahu sikit tapi dah start rendahkan orang lain. by the way, saya baru follow sini. meh lah jemput ke blog saya

Post a Comment