Pagis

Saturday, July 21, 2018

Terpilih sebagai pemenang giveaway souvenirs Siti yang menaip


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang giveaway souvenir Siti yang menaip...

ini link keputusan giveaway tu~ http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/07/pemenang-pemenang-giveaway-souvenirs-by.html

Mulanya berharap juga dapat menang baju t-shirt Melbourne tu, tapi terpilih sebagai salah seorang pemenang pun sudah cukup bersyukur bagi saya.

Terima kasih kepada siti yang menaip kerana sudi buat giveaway ini, bertambah lagi kenangan manis saya dalam berblogging ni...


                         terima kasih kerana sudi pilih saya sebagai salah seorang pemenang =)


Sejujurnya, saya ingin berkongsi kisah yang saya harap tidak disalah ertikan sebagai ingin menunjuk-nunjuk atau riak, saya cuma ingin berkongsi sebuah kisah yang benar-benar terjadi bagi saya...

Semalam, saya telah membeli dua bungkus nasi goreng ayam dan sebungkus teh tarik sebagai hidangan makan malam, dan jumlah yang perlu dibayar ialah RM 14.50, jadi saya telah membayar sebanyak RM 15, maka baki yang dipulangkan kepada saya ialah 50 sen.

Maka saya ambil duit lima puluh sen dan masukkan ke dalam tabung derma yang diletakkan di hadapan kaunter bayaran, saya masukkan ke dalam tabung derma tersebut dan dalam hati saya berkata-kata

"ini sahaja yang saya mampu bagi ya Allah, harapnya diterima lah nilai lima puluh sen ini di sisimu ya Allah..harapnya saya benar-benar ikhlas memberi"

Tiba-tiba hari ini semasa melayari blog, saya terperasan yang siti yang menaip telah memberi komen di blog saya bahawa saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang bagi giveaway yang dianjurkannya...

ini linknya~https://at-tarmizi.blogspot.com/2018/07/asif-tar_20.html#comment-form

Mungkin bagi pandangan orang lain, tiada kaitannya derma 50 sen saya dengan terpilihnya saya sebagai salah seorang pemenang giveaway, tetapi bagi saya besar maknanya kerana Allah s.w.t telah membalas derma saya dengan berlipat kali ganda....terpilih sebagai salah seorang pemenang dalam kalangan ramai peserta memang bagi saya satu rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t...


Harapnya tulisan saya ini tidak disalah anggap sebagai hendak menunjuk-nunjuk, saya hanya ingin berkongsi kisah...

Terima kasih kepada siti yang menaip kerana sudi pilih saya..

Terima kasih sekali lagi...harapnya sudi terus menganjurkan giveaway lagi...

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.




6 comments:

JAMIL HASHIM said...

tahniah

Blogger Hanafi said...

tak pe bro...

sedekah itu nak tunjuk boleh dan nak sembunyi pun boleh..

masing masing ada cara tersendiri untuk ikhlaskan niat hanya kepada Allah SWT..

bagi saya bersedekah itu memberi kegembiraan kepada kita dan orang lain..

ada atau tidak balasan..saya tak nak fikir sangat..

sebab balasan rasa seronok waktu bersedekah itu sudah memadai..

" donatian make our enjoy life "

anyway..tahniah bro dapat hadiah menarik

farhanna jafri said...

tahniah terpilih sebagai pemenang!

Normi Nieza said...

tahniah..:)

Warisan Petani said...

Alhamdulillah.
tahniah.

Dunia Zumal said...

Tahniah Tarmizi...

Post a Comment