Friday, July 6, 2018

Betapa beruntungnya aku

Image result for sesuap nasi
sumber gambar:google images

Bila melihat mereka yang tiada tempat berteduh,
Rasa sayu dan syahdu,
Betapa beruntungnya aku,
Masih ada rumah emak untuk aku berlindung,
Daripada hujan dan panas.

Bila melihat mereka yang berjalan kaki,
Rasa sayu dan syahdu,
Betapa beruntungnya aku,
Motorsikal Honda Wave 100 aku masih berfungsi,
Memudahkan aku sampai ke destinasi.

Bila melihat mereka yang mengikat perut,
Rasa sayu dan syahdu,
Betapa beruntungnya aku,
Masih ada beras di rumah emak untuk dimasak,
Lauk ikan bersama kicap,
Insya-Allah, kenyang juga..

Bila melihat mereka yang tinggal seorang diri,
Rasa sayu dan syahdu,
Betapa beruntungnya aku,
Masih ada emak,abang,Pak Ngah sekeluarga dan Pak Busu,
Walaupun ada masanya bermasam muka dan bertengkar,
Tetapi moga hubungan keluarga tetap kekal.

Aku menulis coretan rasa ini bukan kerana mahu menjadi mulia,cuma untuk mengingat diri supaya berasa cukup dengan yang dimiliki sambil berusaha untuk mempertingkatkannya lagi.

Syukur ini bukan mudah,bukan sekadar menulis di mana-mana helaian kertas atau di mana sahaja..bukan sekadar diucap lidah...

Sudah pasti ada masanya cemburu dalam diri menguasai melihat mereka yang lebih berjaya dan mewah dalam hidup.

Tetapi moga dengan menulis ini boleh memberi peringatan kepada diri dan perkongsian kepada pembaca atau sesiapa sahaja yang membaca blog saya ini supaya bersyukur dengan yang dimiliki buat ketika ini.

Cakap memang mudah,nak buat payah...doakan supaya saya bersyukur dan saya juga mendoakan kita semua yang membaca post ini supaya rasa cukup dan berbahagia dengan hidup ini.

insya-Allah...

amin.

12 comments:

PeRdU cINta said...

InsyaAllah.. Amin. Moga Allah sentiasa hidupkan rasa syukur dalam hati kita.

Blogger Hanafi said...

bersyukur sahaja selalu..

in shaa Allah niknat akan bertambah

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta... insya-Allah amin.mudahan negotiable :)

At-Tarmizi said...

Betul...moga kita sentiasa bersyuukur :)

Warisan Petani said...

Bersyukur dan sentiasa pandang ke hadapan.
Bersyukur kerana ada Honda Wave berbanding orang yang berjalan kali.
Pandang ke hadapan untuk memiliki Honda City selain Honda Wave.

At-Tarmizi said...

Warisan Petani betul,moga kita sentiasa bersyukur dan dalam masa yang sama berusaha ke arah lebih baik :)

ejulz said...

betul tu.. kalau nak rasa bersyukur jgn selalu tengok orang yg berada di atas tp kene kerap tengok org yg berada di bawah aka susah.

Dunia Zumal said...

Alhamdulillah, syukur apa yang kita ada...

dear anies said...

kita jauh lbh beruntung tapi kurang / tidak bersyukur

At-Tarmizi said...

ejulz setuju...:)

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal alhamdulillah :)

At-Tarmizi said...

dear anies kadang kita terlupa :)

Post a Comment