Pagis

Friday, May 4, 2018

Rumah kebun

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Mohon pendapat,pandangan dan tunjuk ajar...

Saya teringin hendak membina sebuah rumah kebun untuk memulakan projek tanaman secara kecil-kecilan...

Tetapi saya tidak pandai bertukang, hanya berimaginasi rekaannya sahaja...

Boleh beri tunjuk ajar?

Bagaimana nak kira kos, cara supaya tiang jadi lebih kukuh dan sebagainya...

Saya kongsikan hasil contengan secara kasar saya...



Tempat atau kawasannya tidak begitu luas....tetapi sayang pula nak dibiarkan begitu sahaja

Nanti saya bagi gambar keluasan tempat tu..tapi tak luas mana..rasanya keluasannya boleh diibaratkan cukup untuk sebuah kereta parking sahaja...

Harapnya cita-cita ini jadi sebuah kenyataan...

Mohon tunjuk ajar semua..

Moga jadilah projek ini.

insya-Allah...

amin.

1 comments:

sofie adie said...

semoga dipermudahkan segala urusannya. kalau saya tengok mak saya buat kebun sayur dia, ikut citarasa dan jenis tanamannya. tapi tak pernah tanya. tengok2 dah siap. huhuhhu

Post a Comment