sumber gambar:google.com
Berkesempatan membaca satu "post" yang ditulis oleh seorang insan hebat bernama Faiz Sufi di "facebook".. ianya mengenai perkara yang dikesalkan.......kesal dan sesal kerana tidak berani mengambil risiko untuk melakukannya...
Setelah membaca "post" tersebut, ianya membuatkan saya terfikir tentang perkara-perkara yang saya sesalkan yang telah berlaku dalam hidup saya, sesal kerana tidak melakukannya dan kadang-kala sesal kerana melakukannya......
Perkara yang saya sesalkan kerana melakukannya antaranya ialah terlalu mendengar dan mengikut cakap kawan......seperti ponteng kelas dan melepak bersama kawan semasa sekolah menengah,tidur dalam kelas,mendengar segala cakap kawan supaya rasa diterima dan diiktiraf sebagai kawan oleh mereka.....ini semasa zaman sekolah menengah. Manakala zaman belajar di universiti pula, saya kesal kerana mengikut kawan mendaftar subjek yang saya tidak minat....hasilnya saya gagal subjek tersebut.....cuba mengurat perempuan yang tak suka pun kepada saya......saya buang masa hampir dua tahun cuba memikat dia sedangkan saya harus sedar diri yang saya masih belajar dan tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.......terlalu memikirkan untuk menjaga hati dan perasaan kawan tanpa mempedulikan hati sendiri.........ini semua perkara yang telah saya lakukan dan menyebabkan saya rasa menyesal kerana melakukannya........
Manakala perkara yang saya kesal kerana tidak melakukannya antaranya ialah tidak mencuba mencari kerja semasa habis tingkatan 5 iaitu sementara saya sedang menungu keputusan SPM,saya hanya mengisi masa saya dengan menonton tv,tidur dan makan.........saya juga berasa kesal kerana tidak mencuba untuk menyertai pertandingan "Public Speaking" semasa di sekolah walaupun hati terasa benar ingin mencubanya,... saya juga berasa kesal kerana tidak mengikuti kelas tuisyen Matematik sedangkan emak dan bapa saya sanggup bekerja keras supaya mampu menghantar saya ke kelas tuisyen tetapi saya menolak untuk pergi kelas tuisyen.....hasilnya saya gagal subjek Matematik dalam peperiksaan SPM, saya juga berasa kesal kerana terdapat beberapa panggilan temuduga yang saya tidak pergi kerana kurangnya keyakinan diri....saya juga berasa kesal kerana selepas habis universiti saya tidak terus mencari kerja dan hanya duduk di rumah hampir setahun lamanya......sekarang ini bila melihat kawan-kawan seuniversiti dengang saya yang telah mempunyai kerjaya dan kehidupan yang stabil.......ianya buatkan saya bertambah menyesal........... saya juga berasa sesal kerana tidak memulakan perniagaan kecil-kecilan sendiri yang berasaskan kepada makanan kerana memikirkan perkara-perkara negatif yang mungkin berlaku......hasilnya sehingga kini saya hanya memandang dengan perasaan cemburu terhadap mereka yang sedang berniaga makanan.........
Saya rasa banyak lagi perkara yang saya sesal kerana telah melakukannya dan juga perkara yang saya menyesal kerana tidak melakukannya.......tetapi perkara yang paling disesali hingga kini ialah saya langsung tidak tahu hukum tajwid semasa membaca Al-Quran............menyedihkan.
Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...
Insya-Allah...
amin.
6 comments:
emm...nak baca full post dari fb tu,ke dia buat status pendekk ja? huhu.. tapi tak apa kita faham situasinya walaupun kita tak ada dalam tempat dik.. huhu.. kita pun banyak benda menyesal tak buat, ikutkan ego dengan kemalasan sangat,sekarang dah ketinggalan. Tapi nak menyesal tu,jangan sampai kita kecewa lalu salahkan takdir. Padahal Allah dah kata siapa yg nak ubah,dia kena berusaha utk berubah,tak boleh duduk diam saja tunggu benda tu datang sendiri. (*teguran utk diri sendiri) Menyesal jangan sampai melarat membawa kita kesedihan,bangkit kejar apa yg tak terkejar dulu,biarlah kita lambat sikit drp orang lain,asalkan kita dapat kejar impian kita tu,karang menyesal seumur hidup (*utk sesetengah kes la..)
Well,pengalaman mengajar kita,ambil pengajaran,lepas ni apa-apa hal,kita dah boleh sedia utk ubah keadaan.
BANYAK YG KTA KESALKAN DLM KEHIDUPAN INI TAPI SELAGI BOLEH DIPERBETULKAN LAKUKANLAH SEBELUM TERLAMBAT....INSYA ALLAH.
nana liena boleh baca post fb dia..klik ja nama faiz sufi dalam post ni...nanti direct ke fb dia.....apapun terima kasih atas nasihat dan panduan =)
paridah betul...setuju, dan terima kasih atas peringatan....insya-Allah...amin. =)
menyesal jugak sebab dulu tak nak belajar memasak dengan mak. sekarang terkial-kial masuk dapur..hahahahaa
Dkna Abza sekarang mesti dah pandai kan =)
Post a Comment