sumber gambar:google.com
Sewaktu menolong emak berkebun atau lebih tepat lagi mengemaskan kawasan belakang rumah supaya boleh berkebun, emak perasan terdapat kebocoran paip yang berlaku....
Maka bermulalah aktiviti membaiki paip bocor oleh mak,abang-abang dan saya....
Saya tidak mahir dalam kerja-kerja pertukangan atau perkara yang melibatkan kemahiran teknikal...malah semasa di sekolah menengah, guru kemahiran hidup saya telah membuatkan projek akhir bagi saya kerana bimbang saya tidak sempat menyiapkan produk mengikut tarikh yang diberikan. Projek tersebut bagi tujuan peperiksaan akhir Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Sepanjang alam persekolahan,saya sering meminta bantuan rakan ketika waktu subjek Kemahiran Hidup kerana saya tidak pandai bertukang,sehingga ada kawan yang menjauhkan diri daripada duduk dengan saya kerana bimbang saya asyik meminta pertolongan daripada mereka.
Semasa menolong emak membaiki paip bocor, saya hanya banyak melihat sahaja....selebihnya emak dan abang-abang saya yang melakukan proses membaiki paip bocor. Saya hanya membantu sedikit sahaja seperti memegang, membeli barang dan menggergaji...selebihnya diserahkan kepada emak dan abang-abang saya.........
Setelah beberapa jam melakukan proses membaiki paip ini, kebocoran paip berjaya diatasi, paip telah dibalut dengan "white tape" dan "poly" paip juga telah diganti. Menurut emak ini hanya untuk sementara sahaja..kerana berkemungkinan besar kebocoran paip ini akan menjadi semakin serius dan memerlukan bantuan daripada tukang paip yang sebenarnya........
Buat sementara waktu kebocoran paip ini tidak terlalu serius dan wang yang ada juga harus digunakan bagi tujuan lain yang lebih utama, maka harapnya buat sementara ini tidak timbul masalah yang lebih serius dan memerlukan kos yang lebih tinggi.......
Moga ada manfaatnya "post" kali ini...
Insya-Allah...
amin.
2 comments:
saya juga tak reti berukang tapi my kakak boleh selesaikan byk masalah berkaitan bertukang dirumahnya sendiri ...
Sebagai lelaki, saya pun tak pandai bertukang. Masa sekolah dulu, saya pun selalu juga minta tolong kawan kawan untuk projek akhir subjek kemahiran hidup. Tapi takde pula kawan jauhkan diri drpd saya.
Post a Comment