Monday, June 10, 2013

Saya~hamba Allah yang lemah...suka bercakap tetapi tulis di laman "facebook" lebih suka diam daripada bercakap...(HIPOKRIT)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Saya~hamba Allah yang lemah teringin untuk berdiam diri...kerana kagum dengan nasihat yang mengatakan orang-orang hebat lebih suka berdiam diri daripada bercakap...

Saya pernah cuba berdiam diri..tetapi bukan kerana mengikut nasihat...kerana gagal masuk universiti...

Saya~hamba Allah yang lemah ini kemudiannya berjaya masuk universiti...melalui rayuan......kemudiannya saya membuat laman "facebook"..dan menggambarkan diri saya dengan

"Lebih suka diam daripada bercakap"

Manakala kata-kata kegemaran ialah "silence is golden"

Betapa hipokritnya saya......

Saya~hamba Allah yang lemah suka bercakap..ini terbukti bila.......

Saya seronok bercakap dengan kawan-kawan semasa makan di warung........

Saya rasa seronok bila cakap saya didengar orang lain........

Saya rasa ingin menunjukkan saya tahu macam-macam perkara bila bercakap......


Saya teringat kata-kata kawan saya-Abu.......

Kau hipokritlah Tar.....dekat sekolah bukan main baik..tetapi bila dalam rumah..kau lawan cakap mak bapak kau.....

Hipokrit bermaksud seseorang yang berpura-pura berperangai baik..sumber:Pusat Rujukan Persuratan Melayu- http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hipokrit

Situasi yang sama.....dengan keinginan saya untuk berdiam diri.........dan hanya bercakap perkara-perkara yang bermanfaat.........

Banyak lagi perkara hipokrit yang saya~hamba Allah yang lemah ini buat....

Saya pergi surau untuk sembahyang berjemaah..semasa saya duduk di Kolej......bila saya menyewa rumah sewa...saya tidak lagi pergi sembahyang berjemaah...

Saya berpuasa sunat...semasa ingin mengurat seorang perempuan......dan bila cinta saya ditolak..saya jarang sekali berpuasa sunat.............

"Header" blog saya tulis Setiap Hidupan itu Indah dan Setiap Hidup Ada Kisah..tetapi saya pernah bercakap dengan nada marah bila dikaitkan dengan seorang perempuan kerana perempuan itu tidak cantik bagi saya...

~Buat Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT.....pasti kalian tidak akan bercakap perkara sia-sia..tidak akan hipokrit......kerana kalian......HEBAT..insya-Allah.......

amin.

0 comments:

Post a Comment