Thursday, January 18, 2018

Sebelum Tamat Latihan,Moga ada Sesuatu Yang Disumbangkan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Saya akan menghabiskan latihan SL1M tidak lama lagi, jadi sebelum saya meninggalkan pejabat,harapnya ada sesuatu yang saya lakukan sepanjang saya berada disini.

Bos saya selalu menyatakan hasrat untuk membina satu laman web bagi Stadium Merdeka.

Tujuan pembinaan laman web ini adalah:
  1. memberi maklumat mengenai Stadium Merdeka kepada orang ramai
  2. memudahkan urusan tempahan padang 
  3. mempromosikan Stadium Merdeka
  4. mewujudkan data maklumat
  5. sebagai rekod untuk simpan maklumat
  6. menjadi sumber rujukan
  7. perancangan masa depan
  8. akses orang awam
  9. menyediakan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Stadium Merdeka

Saya cuba merealisasikan hasrat bos saya ini dengan cuba membina laman web Stadium Merdeka menggunakan perisian Joomla...

Terima kasih saya ucapkan kepada blogger Safirul Amar Azmi kerana sudi mengajar ilmu joomla kepada peserta bengkel Joomla di UTC Melaka...

Secara jujurnya, saya berharap sekurang-kurangnya sebelum saya menamatkan latihan, ada sesuatu yang sempat saya kongsikan dan sumbangkan sepanjang saya berada di sini.

Sekiranya laman web saya tidak diterima tidak mengapalah..sekurangnya saya sudah berusaha untuk memberi sesuatu sumbangan....tetapi harapan supaya diterima itu tetap ada.

Saya kongsikan laman web yang saya buat.

Laman web ini secara ringkas sahaja...sebab saya masih belajar dan seorang "newbie"...tetapi harapnya dapatlah diberi sokongan...






Inilah hasil laman web yang saya buat.



Harapnya dapat diterima tetapi sekiranya tidak,tidak mengapalah...sekurang-kurangnya saya sudah berusaha untuk memberi sesuatu sumbangan sebelum saya menamatkan Skim Latihan 1Malaysia di Stadium Merdeka ini.

Mohon doa kalian supaya usaha saya membina laman web Stadium Merdeka ini dipermudahkan..

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.

Wednesday, January 17, 2018

Kenangan yang akan ditinggalkan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera

Tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi sebelum saya menamatkan Skim Latihan 1 Malaysia PNB,

Banyak kenangan dan pengalaman yang saya lalui sepanjang tempoh "on the-job training" saya di Stadium Merdeka dan Stadium Negara

Sudah pastinya keseronokkan melihat konsert secara "live" akan sentiasa diingati...

Tetapi yang lebih utamanya, keseronokkan bekerja di bawah seorang ketua yang saya rasa amat baik dan pastinya sukar untuk saya berjumpa bos seperti ini di mana-mana...

Bos saya tidak pernah sekalipun memarahi staf, sebaliknya kami merasakan sebagai seorang kawan..bos ini amat baik dan setiap hari dia akan belanja saya dan pelatih SL1M lain makan.

Semoga bos saya iaitu En.Alias Bin Daud dimurahkan rezeki dan hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas segala budi baik dan jasa En.Alias kepada saya. amin.

Sangat jarang saya mengeluarkan duit untuk membeli makanan sepanjang saya menjalani Skim Latihan 1 Malaysia di Stadium Merdeka ini disebabkan selalu dibelanja bos ataupun rakan pejabat yang lain.

Satu pengalaman yang menyeronokkan dan pastinya sukar untuk saya dapat merasai suasana seperti ini di tempat lain.

Malah yang lebih menyeronokkan sepanjang saya menjalani Skim Latihan 1 Malaysia di Stadium Merdeka inilah tempoh yang paling lama berjaya saya bertahan dalam tempoh satu-satu latihan...selama 10 bulan lebih kurang hampir setahun lamanya..

Selepas ini saya rasanya saya akan kembali ke zaman mencari kerja, bermula kembali episod menghantar resume ke merata-rata tempat, menghadiri temuduga, berhabis wang ringgit untuk menghadiri temuduga...

Semasa menjalani Skim Latihan 1 Malaysia ini, ada juga saya menghantar resume dan menghadiri panggilan temuduga, cuma belum ada rezeki saya lagi barangkali, kebanyakkan jawapan yang saya terima ialah mereka akan menghubungi saya sekiranya saya berjaya diterima masuk bekerja tetapi sehingga kini tiada sebarang panggilan daripada mana-mana pihak.

Saya juga besar kemungkinan kembali semula ke kampung, sebab tidak logik rasanya saya terus tinggal menyewa bilik di Kuala Lumpur, lebih baik saya kembali ke kampung dan tidak perlu lagi membayar sewa bilik.

Kembali semula ke kampung, bererti besar kemungkinan saya akan kembali menolong emak saya berjaja kecil-kecilan, syukur Alhamdulillah, sekurangnya saya ada tapak untuk berniaga walaupun kecil, cuma muat satu-dua meja kecil..tetapi sekurang-kurangnya saya masih ada sumber pendapatan..

Tetapi, biasalah bila berniaga kecil-kecilan ini, pendapatannya tidak menentu, malah kadang-kala hanya beberapa ringgit sahaja diperolehi...bukan tidak bersyukur cuma saya berharap dapat memajukan sedikit perniagaan kecil-kecilan emak saya ini.

Berjaja kecil-kecilan di Pasar Borong


Kembali berjaja juga bererti kembali mendengar kata-kata sinis daripada masyarakat sekeliling...

Entahlah..doakan supaya saya tabah menghadapi semua ini.

Saya sertakan gambar pas sepanjang saya bertugas di Stadium Merdeka dan Stadium Negara, lebih kurang sepuluh konsert juga saya dapat saksikan sepanjang saya bertugas.

                                    

Pas bagi setiap konsert sepanjang saya bertugas sebagai pelatih SL1M di Stadiium Merdeka/Stadium Negara


Nanti jika ada masa saya akan kongsikan pula gambar dan cerita serba sedikit tentang konsert-konsert yang dapat saya saksikan ini.

Insya-Allah...amin.



Tuesday, January 16, 2018

Skuad Bolasepak Malaysia Bawah 23 Layak ke Suku Akhir Piala AFC 2018



Tahniah kepada skuad bolasepak Malaysia bawah 23 tahun kerana telah berjaya melangkah ke suku akhir Piala AFC 2018 selepas berjaya menewaskan Arab Saudi dengan jaringan 1-0


Image may contain: text
sumber:Facebook Team Malaysia

Monday, January 15, 2018

Lawak Adik Nak Simpan Duit









Sakit Perut

Assalamualaikum w.b.t

Image result for sakit perut
sumber gambar:google images


Baru hari ini terasa segar sedikit untuk kembali menulis di blog saya ini..

Semalaman saya mengalami sakit perut..

Sudah tidak terkira berapa kali saya pergi ke tandas...

Lembik rasanya badan saya..

Ditambah lagi dengan pening kepala..

Barangkali tersalah makan..

Tidak larat rasanya..

Seharian saya hanya berbaring dan tidur sahaja..

Lesu betul badan saya...

Mujur abang saya ada memberi petua..

Bancuh teh pekat-pekat tanpa bubuh gula...

Teh uncang yang biasa seperti teh boh tu, bancuh dengan air panas, tak perlu letak gula atau letak gula sedikit supaya kita boleh minum, lagi pekat teh tu lagi bagus...minum.

Alhamdulillah...

Makin beransur pulih dan harini saya agak segar sedikit untuk menulis di blog ini...

Terima kasih along atas petua..

Betul kata orang, nikmat sihat ni memang besar, 

Bila dah rasa sakit baru rasa betapa besarnya nikmat kesihatan ini...

Moga ada manfaatnya "post" kali ini..

insya-Allah...

amin.

Thursday, January 11, 2018

Tutorial Tambah Duit ASB di MyASNB menggunakan Maybank2u


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, sedikit perkongsian mengenai cara menambah pelaburan ASB secara online, menggunakan  myASNB dan tambah duit melalui maybank2u...

Jom baca panduan daripada Nor Aliah Mohd Nor ini:

Pertama sekali pastikan sudah ada akaun my ASNB, sekiranya belum ada boleh pergi ke pejabat ASB untuk mendaftar akaun my ASNB

Ok, sekiranya sudah ada akaun my ASNB, pertama sekali pergi ke laman web my ASNB~https://www.myasnb.com.my/





No automatic alt text available.


1) Click “Log Masuk”.





No automatic alt text available.
2) Masukkan ID Pengguna anda
.
3) Click “Teruskan”



.


No automatic alt text available.

4) Masukkan “Kata Laluan”
.
5) Click “Teruskan”
.





No automatic alt text available.
6) Scroll ke bawah sikit, akan nampak point no.6 tu iaitu “Pelaburan Tambahan”. Click je mana-mana, sama ada ASB 1 atau ASB 2. 
.
Dah tekan? Jom tengok step seterusnya pula.




No automatic alt text available.

8) Isikan “No Akaun Bank” anda 
.
9) Click “Seterusnya”





No automatic alt text available.

Contoh Lia pilih “Maybank Islamic Berhad”.
.
Lepas dah pilih tu click “Done”.



No automatic alt text available.

10) Pastikan anda tick “Terma & Syarat” ni ya.
.
11) Click “Seterusnya




Image may contain: text

12) Masukkan berapa jumlah yang anda nak simpan ke dalam ASB anda. Contoh : RM500
.
13) Click “Seterusnya”




No automatic alt text available.

14) Untuk teruskan, anda perlu masukkan huruf dan nombor yang tertera di bawah ‘Captcha’
.
15) Click “Seterusnya”




No automatic alt text available.

16) Click “Proceed To Pay”



No automatic alt text available.

Part ni anda perlu double check supaya semuanya betul.
.
Scroll sikit di bawah ini akan jumpa list of ‘Retail Banking’.


.


No automatic alt text available.

17) Contoh Lia tick “maybank2u.com





No automatic alt text available.
18) Click “Agree and Continue”




Image may contain: text

Akan keluar / pop-up Maybank2u untuk login.
.
19) Masukkan “Username” anda dan click Next




Image may contain: text

20) Masukkan password dan click “Login”




No automatic alt text available.

21) Click “Continue”




No automatic alt text available.

22) Click je “Request for TAC” dan masukkan number TAC setelah mendapat SMS TAC Code.
.
23) Click “Confirm”




No automatic alt text available.

Akhir sekali,
.
24) Click “Continue with Transaction”




No automatic alt text available.

Syukur Alhamdulillah, finally DONE! 
.
Nanti cuba anda check baki dalam akaun myASNB, pastikan amaun yang anda topup itu akan bertambah. Dan pastikan juga dalam akaun Maybank2u anda duit akan tolak juga tanpa ada apa-apa bank charges. 

Sumber perkongsian daripada Aliah Mohd Nor:


.
Tahniah! Dan selamat menyimpan duit ke tabung ASB. 😍❤️

Wednesday, January 10, 2018

Mek Zumbie 2k18 Giveaway


Klik banner untuk join =)



Hadiah yang saya nak~

Adidas Sport Pouch: ASP001 (preloved)


Memang teringin sangat ada pouch ni sebab sesuai untuk saya yang berniaga kecil-kecilan dan membawa motorsikal ni =)

Moga ada rezeki saya dapat hadiah ni, insya-Allah...amin.

Nak join klik sahaja banner dekat atas tu =)