Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Selamat tahun baharu 2026.
Secara jujur,tidak ada apa yang nak saya sambut sangat pun.
Usia atau umur dah 36...banyak peluang pekerjaan dah terhad.Kebiasaannya nak umur 35 ke bawah.
Emak pun dah nak masuk umur 70 tahun. Tolong doakan mak saya sihat ya...nanti mak saya akan buat pembedahan katarak mata.. tarikh tak tahu lagi.. sebab emak saya tak nak buat dulu nak lepaskan bulan Ramadan dulu.
Tahun tetap akan bertambah selagi belum kiamat cuma saya sahaja rasanya tiada apa-apa yang bermakna pun.
Hidup selagi masih hidup. Selagi belum datang malaikat maut mencabut nyawa saya.. selagi itulah saya kena hidup.
Saya akan cuba kekal dalam dunia blogging ini kerana ini salah satu terapi saya untuk terus bertahan dalam hidup yang makin menekan ini.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insyaallah amin.

0 comments:
Post a Comment