Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Tajuk khutbah di Melaka hari ini ialah "Ingat Mati Insafi Diri."
Sedikit intipati atau isi khutbah yang saya dapat ingat ialah semua hidupan akan mati. Kemudian akan dibangkitkan di kemudian hari. Lalu akan ditentukan amalannya atau perbuatannya semasa hidup sama ada baik atau buruk. Serta hidup di dunia ini menurut ulama ialah satu kehidupan yang manusia sering terpedaya dengannya.
Semasa dengar khutbah saya sebenarnya terfikir dengan keadaan saya macam ni lebih baik mati sahaja daripada hidup.Sebab rasa hidup saya ni macam tak ada makna.
Sehari dua ni saya ada terbaca dekat satu post di Facebook,ada seorang perempuan muda lagi dalam 23 tahun umurnya, meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Sedih baca catatan dekat Facebook bapa dia,bila tengok gambar arwah ,cantik dan bijak orangnya,mungkin sebab tu arwah pergi dulu kerana Allah s.w.t lebih sayangkan dia.
Kadang terdetik juga di hati,kenapa bukan saya yang mati dulu? Rasanya kalau saya mati pun tak ada beri kesan apa-apa.. entahlah..
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...
insya-Allah.
Amin.

0 comments:
Post a Comment