Monday, May 3, 2021

Bulan 5

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Dah masuk bulan 5,bulan Mei.

Macam biasa,setiap 1 hb Mei ialah hari pekerja.

sumber gambar:google images


Lepas tu sekarang ni kita dah berada di fasa akhir ramadan. Lepas tu syawal.

Tak rasa apa-apa sangat sejujurnya.

Nak sambut apa sahaja sangat.

Bapa dah tak ada, abang kedua dah tak ada,nenek datuk dah tak ada.

Banyak orang yang sayangkan saya dah tak ada.

Sunyi juga rasanya.

Alhamdulillah saya masih ada emak.

Tapi tulah,tak banyak yang  saya boleh balas jasa mak saya.

Entahlah...

saya harap sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ni, janganlah jadi macam saya,selalu terlambat atau orang putih cakap take things for granted,  atau ikut fahaman saya maksudnya sudah terhantuk baru nak tergadah...

bapa,abang,nenek dah tak ada baru nak rasa menyesal, tak sempat nak balasa jasa mereka.

Oh, untuk seorang kawan saya yang selalu baca blog saya ini, saya mohon maaflah kalau tak balas reply whatsapp, bukan sombong, cuma saya rasa lebih baik dia fokus kepada family dia, daripada dia bazirkan masa whatsapp saya. Tapi apa pun terima kasih bro sebab sudi whatsapp dan tanya khabar aku.

Saya harap sangat apa-apa sahaja yang saya tulis dekat dalam blog saya ni,sedikit sebanyak dapat jadi amal jariah saya kalau saya meninggal.

Saya ni tak ada apa-apa nak dibawa kalau meninggal dunia esok lusa, ilmu tak ada,harta tak ada,anak bini tak ada...jadi harap dekat blog ni kalau ada yang terbaca atau membaca post-post dalam blog ni dapat beri sedikit info atau maklumat kepada mereka,harapnya dapatlah itu dikira amal untuk saya.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah..

amin.

 

8 comments:

Warisan Petani said...

Perjalanan hidup perlu diteruskan.
Pandang yang positif di hadapan.
Yang di belakang sudah jadi sejarah harapkan tidak berulang.

At-Tarmizi said...

Warisan Petani terima kasih WP,doa kan saya supaya tabah dalam hidup ni

Perdu Cinta said...

Kalau berasa takut dapat berjasa dengan mereka semasa mereka hidup, boleh berjasa juga setelah mereka tiada. Sedekahkan Al Fatihah setiap hari.

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

Kita perlu terus hidup

Atie Zieya said...

dia selalu whatsapp dan tanya kabar, hargai la dia.. nanti kalau dia dah takda... mcm mnaa :( take care ya

At-Tarmizi said...

Perdu Cinta insya-Allah, terima kasih Kak PC atas ingatan =)

At-Tarmizi said...

Safirul Amar Bin Hj. Azmi ya,betul cikgu..selagi belum sampai hujung hayat.

At-Tarmizi said...

Atie Zieya saya memang amat hargai member saya tu,cuma rasanya lebih baik dia fokus kepada family,kerja dia..itu lebih baik bagi dia saya rasa..sukar juga saya nak jelaskan kenapa saya fikir macam tu,tapi harap yang baik-baik sahaja untuk semua.amin.

Post a Comment