Tuesday, May 25, 2021

Khairat Kematian Perkeso

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Post kali ini, saya cuma nak berkongsi info, ini untuk mereka yang tak tahu ya, yang dah tahu tu tak apalah. Boleh kongsi atau tambah-tambahkan maklumat dekat sini.

Saya nak kongsi tentang khairat kematian Perkeso.

Bila arwah abang ngah saya meninggal, maka ada beberapa perkara yang saya dan keluarga kena uruskan. Contohnya seperti urusan kwsp,asb dan juga perkeso.

Jadi,saya cuba kongsikan setakat mana yang saya tahu berdasarkan pengalaman saya uruskan hal-hal perkeso arwah abang ngah saya.

Perkara pertama yang kita kena buat bila seseorang tu meninggal, kita kena daftar kematian, daftar kematian ni dekat Jabatan Pendaftaran Negara. Kena bawa surat laporan polis,laporan hospital dan dokumen lain yang mengesahkan kematian seseorang. Saya buat dekat Jabatan Pendaftaran, UTC Melaka.

Bila dah dapat surat atau dokumen yang mengesahkan kematian seseorang, jadi kita boleh pergi ke pejabat perkeso.

Macam dekat Melaka, pejabat perkeso dekat jalan MITC, Ayer Keroh,Melaka.

Tapi syaratnya, arwah ada caruman dalam perkeso. Kena pastikan atau dapat surat pengesahan daripada majikan. Macam abang saya, dekat slip gaji memang ada tertulis potongan Perkeso. Majikan pun ada bagi surat pengesahan.

Lepas dah ada dokumen yang lengkap semua tu, boleh pergi ke pejabat Perkeso untuk tuntutan hal-hal yang melibatkan kematian ni.

Cuma disebabkan sekarang ni zaman covid, maka kita kena buat temujanji dalam talian terlebih dahulu.

Caranya pergi ke website perkeso, lepas tu cari daftar temujanji. Bila dah siap isi tarikh dan waktu kekosongan yang ada, maka kita datang ke pejabat perkeso mengikut tarikh temujanji yang kita daftar tu.

Macam urusan perkeso arwah abang ngah saya, lepas dah siap isi dan hantar borang yang diberi Perkeso, dalam beberapa minggu atau bulan,saya tak ingat pula, maka duit khairat kematian akan dimasukkan ke dalam akaun yang kita bagi ke perkeso. Macam arwah abang ngah saya,duit khairat kematian Perkeso bagi rm 2 ribu ringgit. Boleh lah guna untuk uruskan kubur arwah abang ngah saya,nak pasang kepuk,atau apa-apa sahajalah untuk urusan arwah abang ngah saya.

Saya rasa setakat ini dulu yang saya boleh kongsikan, sebenarnya ada hal-hal lain lagi yang melibatkan urusan Perkeso ni, contoh macam pencen penakat. Tapi saya nak ulas perkara ini,saya pun tak pandai sangat, takut tersalah informasi pula. 

Sebenarnya masa saya belajar sumber manusia dulu,ada belajar pasal perkara-perkara ini,tapi sebab dah lama tinggal,saya pun dah tak berapa ingat sangat.

Sebaik-baiknya, kalau ada apa-apa masalah pasal perkeso ni,terus pergi pejabat atau telefon pejabat perkeso untuk mendapatkan maklumat sesuatu perkara. 

Saya cuma kongsikan apa yang saya dapat berdasarkan pengalaman saya uruskan hal perkeso arwah abang ngah saya.

Harapnya,adalah sedikit sebanyak informasi atau maklumat yang boleh diguna pakai.Mudah-mudahan dapat menjadi bekalan amal saya untuk hari akhirat.

Jika saya ada tersilap informasi atau maklumat,saya mohon maaf ya.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.


9 comments:

Abam Kie said...

semoga roh abang ngah ditempatkan bersama org2 yg beriman. Aamiin...

mrhanafi said...

terlebih dahulu...al fatihan untuk arwah abang bro

info ini sangat bermanfaat...saya berharap waris saya nanti boleh menguruskan perkara tersebut..

uncle gedek said...

Tengkiu info!

Semut Senyum said...

TErima kasih utk info ni. Semoga dapat membantu memudahkan urusan org lain juga berkaitan hal ini.

Abam Kie said...

P.S. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang 'Abam Kie Birthday Giveaway'! Untuk maklumat lanjut sila klik link di bawah. Terima kasih dan harap maklum.

http://www.zukidin.com/2021/06/keputusan-happy-birthday-giveaway-by.html

At-Tarmizi said...

Abam Kie terima kasih abam kie,syukur ada rezeki saya =)

At-Tarmizi said...

mrhanafi terima kasih,mudah-mudahan begitu,amin.

At-Tarmizi said...

uncle gedek sama-sama uncle =)

fairus said...

Perkongsian yang bagus bagi mereka-mereka yang mencarum PERKESO.

Semoga roh Allahyarham abang kamu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solih.

Post a Comment