Friday, February 21, 2020

Menulis di media sosial

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dahsyat sungguh zaman sekarang kan?

Zaman semuanya  di hujung jari.

Tersilap tulis, tersalah kongsi, terlalu emosi dalam "post" sesuatu perkara,maka buruk akibatnya.

Terkadang menulis dalam keadaan marah,keadaan emosi tidak stabil, maka tak dapat berfikir dengan tenang dan rasional, maka tak sedar perkataan atau post yang dikongsi akan menyebabkan kesan buruk pada diri sendiri.

Tambahan lagi zaman sekarang ramai yang suka menjadi hakim. Suka menulis ikut suka hati tanpa selidik dulu sesuatu perkara.

Menulis untuk tujuan mengutuk atau menghakimi seseorang ini bukan termasuk dalam kategori cyberbully ke?

Image result for zaman fitnah hujung jari
sumber gambar:google images


Entahlah...

Harapnya kita berhati-hati dalam menulis sesuatu perkara di media sosial.

Secara jujurnya saya juga kerap buat kesilapan dengan meluahkan rasa kecewa,rasa marah di media sosial, menulis dengan tujuan nak nampak hebat.

Tetapi hakikatnya tak ada faedah pun untuk saya bila saya buat semua itu.

Moga segala yang saya tulis tidak menjadi satu dosa kepada saya bila saya mati nanti.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.


14 comments:

ejulz said...

Betul tu. Kadang2 takut juga terkomen yg blh mengguris hati org lain

At-Tarmizi said...

ejulz setuju =)

Warisan Petani said...

Fikir sebelum kongsi

ray said...

i can only read but never dare to comment anything.

atiehilmi.com said...

saya setuju.. kalau dulu lidah lagi tajam dari mata pisau, sekarang ni jari mampu membunuh hati manusia.. semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang memudaratkan..

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

Take easy in media sosial, kongsikan yang bermanfaat dan kelakar

mrhanafi said...

kalau tulis yang baik-baik akan mendatangkan kesan yang baik juga

Nur Asyiqin said...

inshaallah ummi tulis yang baike je..jhehehe

PeRdU cINta said...

Menulis,berkongsi sangat seronok..tapi dalam pada seronok itu kena berhati-hati kerana kalau boleh seronok dunia..lebih seronok di akhirat..bukan seronok dunia sengsara di akhirat akibat apa yang kita tulis atau kongsikan.

Etuza said...

Kawal diri, cuba kita usahakan agar tak terjebak ya dengan fitnah di hujung jari..

#JMBELOG said...

SEBAB ITU SAYA LEBIH KEPADA SILENCE READER. HANYA MEMBACA ...

plain83 said...

Betul tu... jangan kita join geng cuberbully dan kaki pembawang penyebar fitnah. Join contest dan giveaway bloggers lagi bagus, support kawan2 ;)

https://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2020/02/contest-saya-mahu-produk-creative.html

mamapp said...

Semoga Kita dijauhkan dari jadi penyebar fitnah

At-Tarmizi said...

moga kita semua terus menulis yang baik-baik sahaja

Post a Comment