Saturday, February 15, 2020

Doa untuk angah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sebenarnya post kali ini agak berat untuk saya tulis.

Tetapi saya gagahkan juga diri untuk menulis dan berkongsi.

Saya ingin memohon doa sesiapa yang membaca atau terbaca blog ini,supaya mendoakan semoga kesihatan abang saya nombor dua,angah supaya sembuh.

Jujurnya,selepas terlibat dengan kemalangan, angah saya kerap dimasukkan ke hospital.

Dia seakan-akan tidak sedar dengan tindakan,perlakuan atau percakapannya..

Saya risau jika satu hari nanti semasa angah saya bercakap dalam keadaan tidak sedar,ada kemungkinan orang lain rakam dan kemudian ditularkan...maka akan jadi satu masalah besar bagi kami sekeluarga.

Sebab bila angah saya tidak sedar,kadangkala perbuataan atau percakapannya akan menjadi tidak masuk akal.Contohnya dulu abang saya pernah tolak motor dari rumah hingga ke tempat kerja.Sedangkan motornya tak rosak dan dia cuti/off day pada hari tu. Bila ditanya,dia cakap dia sedang ditolong makluk  yang tak dapat dilihat oleh manusia lain. Sebenarnya abang saya berada dalam keadaan tidak sedar ketika itu.

Sekarang ini kami sekeluarga membawa angah saya menjalani rawatan kesihatan di hospital.Setakat ini alhamdulillah tiada masalah yang besar atau serius.Tetapi angah saya kena makan ubat penenang dan menghadiri pemeriksaan yang telah ditetapkan.

Berat sebenarnya untuk saya tulis post ini,seolah-olah saya membuka aib abang sendiri. Tetapi niat saya cuma ingin mengelakkan sebarang masalah timbul di kemudian hari. Itu sahaja niat saya.


Mohon doa semua semoga angah saya diberi kesihatan dan kehidupan yang baik.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.

23 comments:

Etuza said...

Doa dari adik yang sayangkan keluarga

Cuya said...

Moga angah diberikan kesembuhan dan kestabilan.Ini semua ujian buat keluarga mizi..

Safirul Amar said...

Semoga cepat sembuh. Doa, usaha dan dan tawakal. Inshallah. Doa yang baik baik..amin

PeRdU cINta said...

Allahuakbar.InshaAllah selagi tidak henti berdoa dan usaha..selagi itu jalan keluar selalu ada.

Muhammad Naim Abdullah said...

Insha ALlah. semoga Allah memberi kesembuhan buat abang bro..

ray said...

May Allah ease everything.

Warisan Petani said...

Semoga dianugerahi kesembuhan dan keafiatan.

#JMBELOG said...

SEMOGA ANGAH CEPAT SEMBUH YA

Mrs. A said...

Semoga Angah dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.
Jangan putus asa untuk berubat.

mamapp said...

Kesiannya.. semoga diberikan kesembuhan buatnya

ejulz said...

semoga angah cepat sembuh..

Etuza said...

Yakinlah Allah mendengar doa tu.Aamiin

At-Tarmizi said...

Etuza terima kasih cikgu atas doanya =)

At-Tarmizi said...

Cuya terima kasih atas doanya =)

At-Tarmizi said...

Safirul Amar terima kasih tuan atas doanya =)

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta terima kasih kak PC atas doanya =)

At-Tarmizi said...

Muhammad Naim Abdullah terima kasih bro atas doanya =)

At-Tarmizi said...

ray thank you =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani terima kasih WP atas doanya =)

At-Tarmizi said...

#JMBELOG terima kasih tuan atas doanya =)

At-Tarmizi said...

Mrs. A terima kasih puan atas doanya =)

At-Tarmizi said...

mamapp terima kasih mama atas doanya =)

At-Tarmizi said...

ejulz terima kasih tuan atas doanya =)

Post a Comment