Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seronok tengok mereka yang ada kebun ya. Mereka yang ada tanah sendiri untuk diusahakan.
Rumah saya atau lebih tepat lagi rumah emak saya pun ada sedikit tanah. Cuma itulah tak banyak yang boleh ditanam.
Bolehlah tanam sikit-sikit buat makan.
Tapi setiap kali lalu kebun orang lain rasa cemburu juga sebab luas tanamannya..banyak hasil yang boleh diperolehi.
Saya setakat ini pernah tanam bendi,kacang panjang,kacang botor,serai,pokok limau purut,nenas,ubi,dan daun kesum.
Tapi tulah semua tu kebanyakkanya tak tahan lama..dapat makan sendiri sikit-sikit lepas tu pokok tu mati.
Bila tengok group berkebun dekat Facebook rasa cemburu sahaja.
Tapi yang paling saya tak boleh tahan bila baca blog Warisan Petani...fuh kagum tengok kebun,dusun buah dia.
Subur,menjadi dan banyak hasil.
Pandai Warisan Petani jaga kebun dia.
Selalu baca dan tengok blog Warisan Petani...bila baca ada terdetik kalaulah aku ada kebun macam Warisan Petani kan seronok.
Harapnya satu hari nanti ada rezeki saya dan adik beradik lain ada tanah untuk bercucuk tanam. Boleh dijadikan sumber pendapatan utama.
insya-Allah...
Amin.
16 comments:
Selamat berbudi pada tanah...
Samalah sukantfk kebun wp.. Kalau mama Ada kebun rasanya bukan Macam tu hasilnya hihi
berbudi pd tanah
Berbudi pada tanah, Insha Allah akan mendatangkan hasil yang lumayan
Mudah2an impian untuk memiliki kebun sendiri akan tercapai.
Sebenarnya bertani ni banyak cabarannya.
saya pernah berkebun cuma kebun atas tanah orang lain..
pada masa saya masih sekolah lagi..tingkatan tiga
abe kie pun ada tanam daun kesum dan serai buat kegunaan sendiri...
Bagus aktiviti berkebun ni
cikguzim insya-Allah cikgu moga saya ada rezeki nak buat begitu
mamapp haha samalah dengan saya =)
dear anies berbudi pada tanah tak akan rugi =)
Muhammad Naim Abdullah itulah,mudah-mudahan ada rezeki saya nak ada tanah untuk berkebun =)
Warisan Petani insya-Allah WP,seronok baca blog WP banyak hasil tanaman =)
Tuan Hanafi wah hebat tuan =)
Abam Kie wah dapat berjimat tu cikgu =)
Dunia Zumal setuju,badan sihat hasil pun dapat =)
Post a Comment