Sunday, August 25, 2019

Insurans

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas kejadian kemalangan yang menimpa abang saya, saya mula terfikir pentingnya mempunyai insurans ni.

Sebab masa abang saya dirawat, masa tu doktor ada beri anggaran kos jika abang saya perlu menjalani pembedahan.Mahal juga,tak ingat berapa tapi dalam ribuan ringgit juga.

Termenung kami sekeluarga dibuatnya,mana nak cari duit.Mujur alhamdulillah angah saya sembuh selepas diberi ubat bunuh kuman,tak perlu menjalani pembedahan.Cumanya kena selalu datang untuk check up lah.

Berbalik kepada insurans,selepas kejadian ini saya mula terfikir nak langgan insurans.

Saya seorang penjaja kecil-kecilan,mana ada perkeso kalau jadi apa-apa kepada saya.

Mohon beri info jika ada insurans yang sesuai dengan saya.

Insurans tu cover kalau saya kemalangan jalan raya ke,atau saya jadi hilang upaya untuk bekerja ke..tak kisah kalau saya mati tak ada pampasan ke apa,sebab bagi saya lagi senang kalau accident terus mati sahaja..susah kalau saya accident dan hilang upaya, siapa nak jaga saya?emak saya dah tua, saya pun bujang,tak ada anak isteri lagi.

Sekarang ni saya buat carian dekat Google,jumpa pasal insurans Pos Malaysia tapi tak pasti sangat tentang hal ni.

Mohon jika ada yang membaca atau terbaca post saya ini supaya memberi pendapat, pandangan atau pengalaman mengenai insurans ini.

Bajet saya kalau dapat bawah seratus sebulan, dan haraplah dapat jumpa insurans yang betul jujur.

Bukannya semasa nak suruh langgan janji manis tapi bila dah jadi sesuatu bencana mulalah cakap itu tak cover,ini tak cover..

Harapnya ada yang sudi membantu saya ini.Mana tahu dapat juga membantu kepada sesiapa yang lain.

insya-Allah...

Amin.

6 comments:

Abam Kie said...

Boleh wassap abam kie di 0129820100. Nanti abam kie rekmen kpd ejen taakaful yg merupakan bekas murid abam kie dulu. TQ.

mamapp said...

Sebenarnya insuran Ni mmg keperluan. Kali umur mud lagi dh ambil life insuran murah Dan. Mam.mbil.insuran Masa Kat u bayar bulan smli skrg 65 je. Ma buatkan Syafi I suran pendidikan plus medical card baru 75 sebulan.. carilah insuran yg terbaik ugk yarmizi

Syadiya Khairul said...

insurans tu penting :D

At-Tarmizi said...

Abam Kie insya-Allah cikgu,nanti saya whatsapp =)

At-Tarmizi said...

mamapp betul,sekarang ni tengah survey-survey dulu =)

At-Tarmizi said...

yadiya Khairul setuju =)

Post a Comment