Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penat, memang rasa sangat penat.
Bukan nak merungut tapi kadang terasa penatnya.
Sekarang ini saya berulang alik ke hospital melihat keadaan abang saya.
Tetapi saya tak jaga sampai tidur di sana,emak yang tidur sana sebab abang saya lebih tenang kalau emak saya ada.
Selepas berniaga saya akan siap serba sedikit urusan rumah,kemudian pergi ke hospital untuk bawa bekal makanan abang dan mak saya.
Sejujurnya saya tak kisah pun buat semua ni sebab hal keluarga sendiri siapa lagi yang nak tolong kalau bukan ahli keluarga sendiri.
Cuma kadang terasa agak sedikit penat.
Lebih-lebih lagi bila berada dalam hospital saya jadi rasa tak selesa tengok orang sakit dan macam-macam ragam di hospital. Rasa takut tengok orang terbaring dan dalam masa yang sama bersyukur sebab saya masih sihat.
Tempahan kerisik daripada pelanggan pun agak sukar disiapkan.
Bila balik dari hospital saya akan terasa agak lesu dan lemah. Bila saya berbaring untuk lepaskan penat selalunya saya akan terlelap sehingga berjam-jam.
Entahlah, memang saya daripada dulu kalau pergi hospital akan jadi rasa tak selesa. Bila balik badan akan jadi rasa sangat lemah.
Sudahnya tempahan kerisik daripada pelanggan sukar untuk saya siapkan.
Doakanlah semoga semuanya baik-baik sahaja ya.
insya-Allah...
Amin.
10 comments:
Mudah2an yang sakit akan segera sembuh dan keluar daripada hospital.
semoga semuanya baik2 sahaja. insya allah ada hikmah disebalik kepenantan.
semoga dipermudahkan segala urusan...
Warisan Petani insya-Allah amin. =)
Aiman insya-Allah..mudah-mudahan begitu =)
#JMBELOG insya-Allah..terima kasih ya =)
Mama doakan agar semua dipermudahkan.. Kalau salh sorang ahli keluarga sakit Kita pun terasa sakit kan
mudah2an segalanya dipermudahkan aminnn
penat ini terhasil kerana kurang rehat, tidur tidak mencukupi daan pengambilan makanan yang teratur.
saranan saya ...bro perbaiki masa tidur dan pastikan makan yang berkhasiat.
jika nak guna suplimen pun boleh..
terima kasih semua atas doanya,kini abang saya dah keluar hospital =)
Post a Comment