Thursday, July 11, 2019

Cermin mata,hospital dan motorsikal


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan yang sungguh mencabar dan menguji dalam hidup Ahmad Tarmizi bin Mohktar.

Maaflah sebab asyik cerita tentang negatif sahaja, tetapi memang ini yang sedang dihadapi.

Perkara paling besar, jika ada pembaca yang masih ingat tentang abang kedua saya yang mengalami kemalangan jalan raya semasa bulan puasa, keadaannya  yang mulanya sihat semasa seminggu dua selepas kemalangan kini menjadi agak serius. Angah saya dimasukkan ke hospital hari Ahad lepas kerana pengsan, selepas dianalisis oleh doktor, dalam kepala angah saya ada kuman, jadi harus ditahan lebih lama lagi di hospital.

Kemudiannya, cermin mata saya yang hampir 5 tahun saya pakai pecah. Menambah lagi kekalutan ianya pecah pada hari yang sama Angah saya dimasukkan ke hospital. Memang susah dan kelam kabut sebab saya memang tak boleh nampak jika tak pakai cermin mata. Power cermin mata saya tinggi, kiri 500 lebih,kanan pula 600 lebih,rabun silau 100. Jadi bila tak ada cermin mata saya nak menolong angah saya jadi susah. Kelam kabut pergi buat dekat kedai cermin mata, cari yang siap cepat dalam 2 jam. Malangnya tak sampai 5 hari pun saya pakai, bingkai cermin mata tu patah sendiri, maklum sahaja bingkai murah,tak sampai seratus pun harganya, cuma masa tu keadaan terdesak nak cepat pakai cermin mata ditambah lagi duit saya memang tak berapa nak ada. Jadi pergi buat bingkai cermin mata yang baru. Jumlah keseluruhan duit buat cermin mata saya, RM 260,ni yang siap cepat dalam 2 jam, tambah 160 untuk bingkai baru, jadi jumlah semua RM420 kos saya buat cermin mata sahaja.

Sekarang ini sudah hampir seminggu saya tak pergi berniaga,sebab motor mengalami masalah. Tayar belakang memang dah nak kena tukar, dah gelung sangat "sport-rim" motor tu. Jika waktu hujan atau jalan basah memang bahaya sebab boleh terbabas atau tergelincir. Nak tukar sport-rim biasa kedai ambil tukar depan dan belakang sekali,satu set, nak dekat 2,3 ratus juga harganya. 

Image result for pray
sumber gambar:google images

Entahlah, nak buat macam mana. Moga selesai semuanya.


Terima kasih sebab sudi baca post saya ini, maaflah sebab blog saya ini banyak cerita negatif ya, sebab saya rasa dengan menulis di blog ni saya rasa lega sebentar, sedikit sebanyak jadi macam satu terapi untuk saya tenangkan otak,tenangkan hati,dan hilangkan rasa serabut sedikit sebanyak. Terima kasih juga kepada "kawan" saya yang gunakan post saya di blog ini sebagai satu bahan usikan dan gurauan terhadap saya. Teruskan jika itu boleh buat hidup kamu bahagia. Silap saya juga dulu pernah share link blog saya dekat facebook saya.

Saya juga mohon doa pembaca atau yang terbaca "post" saya ini doakan angah saya sembuh, semoga kuman dalam kepala hilang, dan dia segera sembuh.

Terima kasih kerana sudi baca "post" saya ini.

Moga kita semua baik-baik sahaja...

insya-Allah...

amin.

6 comments:

Mrs. A said...

Semoga terus tabah dan dipermudahkan segala urusan.

dear anies said...

skrg apa perkembangan angah? dirawat di mana?

Abam Kie said...

bertabahlah duhai hati. semoga dipermudahkan urusan oleh Allah...Aamiin...

ejulz said...

semoga dipermudahkan urusan dan semoga abang dan angah cepat sembuh..

Ahmadi said...

Sebenarnya sangat manis untuk dinikmati bila kita sabar dalam hadapi ujian. Saya doakan semoga tuan dan seluruh keluarga tuan dipermudahkan segalanya. Owh ya, tulisan saya bertajuk "Ketika Kau Diuji - Manis & Pahit Semuanya Ada" mungkin boleh mengubat lara tuan. Saya kongsikan kat sini ya http://bit.ly/2LkLbIm

Warisan Petani said...

Salah satu cara untuk meredakan kekusutan ialah denagn cara meluahkannya kepada seseorang secara percakapan atau penulisan.
Semoga Allah perudahkan segala urusan seharian dan mudah2an yang sakit akan segera sembuh.

Post a Comment