Monday, January 28, 2019

Jiwa dan semangat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entah kenapa seminggu dua ni rasa letih sangat.

Sedangkan saya tidak pula melakukan sebarang aktiviti lasak atau berat.

Jiwa dan semangat juga rasa tak bermaya.

Letih sahaja rasanya...

Mungkin faktor berat badan yang semakin bertambah-tambah?

Pernah juga bermain futsal bersama sekumpulan remaja, akhirnya saya tarik diri sahaja sebab rasa macam menyusahkan mereka. Tak larat nak kejar bola.

Mudah benar rasa mengantuk.

Kadang semasa menunggu giliran untuk sesuatu urusan kaunter, saya boleh tertidur.

Bukan sahaja badan rasa malas, semangat nak teruskan hidup juga makin lemah.

Kadangkala terfikir, adakah mati lebih baik daripada hidup?

Entahlah...

Rasa malas, semangat tak ada, kadang-kadang dada berombak kencang,rasa cemas tiba-tiba.

Pernah cuba cerita masalah ni dengan ahli keluarga tapi katanya saya terlalu ikutkan perasaan...

Entahlah...

3 comments:

Warisan Petani said...

Mungkin boleh rujuk kaunselor

Etuza Etuza said...

Asalam..good luck..teruskan semangat hati waja ya

Etuza Etuza said...

Cerita hal kancil ekzos tu tak ada paparan , napa ya

Post a Comment