Thursday, October 31, 2019

Kedah atau Johor?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Besok final Piala Malaysia. Perlawanan di antara pasukan Kedah bertemu Johor Darul Takzim(JDT).

Image result for kedah vs jdt
sumber gambar:google images
                                   

Memang dua-dua pasukan ni hebat.

Tetapi saya pilih pasukan Kedah akan menang. Sebabnya saya memang peminat pasukan Kedah semenjak zaman mereka menang double treble. Masa tu jurulatih mereka Azrai Khor Abdullah.

Memang ingat pemain-pemain mereka masa tu.

Penjaga gol,Helmi Eliza, Lepas itu pemain-pemain lain seperti khyril muhymeen, Sabri Abu, Baddrol Bakhtiar, Victor, Pak Long. Masa ni Khyril tengah popular,zaman kemuncak prestasi. 

Selalu tengok aksi pasukan Kedah di televisyen. Itu yang jadi minat.

Semoga besok satu pertemuan sengit akan berlaku. Harapnya tiada insiden yang boleh mencemarkan imej bola sepak negara.

Harap yang baik-baik sahaja esok.

insya-Allah..

amin.

9 comments:

Tiara Sapphire said...

#TeamKedah..hehe

Dunia Zumal said...

Yes kita sama, Zumal support Kedah juga

Kancing said...

Helmi Eliza ke Heliza Helmi?

Safirul Amar said...

I'm Still With Johor. .JDT comfirm menang punyaaaaa

ray said...

too bad i dont watch football haha

mrhanafi said...

saya pilih Johor sebab dekat dengan Sarawak hehehe

PeRdU cINta said...

Moga bola sepak menjadi satu wadah untuk lebih mengeratkan silaturahim..

Warisan Petani said...

JDT menang 3 - 0

Safirul Amar said...

Salam Tarmizi, Kejayaan tu bukan pada sekeping Ijazah , kejayaan akan datang jika RAJIN. saya doakan tarmizi berjaya dunia akhirat..

Post a Comment