Pagis

Thursday, September 13, 2018

Harta

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Harta, seronok rasanya kalau ada banyak harta ni ya?

Sebab tu ramai berebut-rebut nak harta.

Sampai bergaduh adik-beradik,saudara-mara,anak-beranak sebab harta.

Bila kita tidak ada harta maka tak bernilailah kita di mata mereka.

Pasal harta juga ramai yang berpura-pura,berlakon dan "bermain wayang" depan kita.

Harta yang dikumpul tak pernah cukup,maka harta orang lain turut dipandangnya.

Jujurnya,saya pun nak harta banyak.

Sebab jarang tengok orang harta banyak ni hidup tak happy, biasanya orang tak ada harta yang serabut,sebab pening nak cari harta bagi diri dan keluarga supaya hidup senang.

Tapi kenapa harta orang lain yang sedikit itu juga yang dipandang?

Entahlah...

Biar sahajalah mereka itu.

Mereka itu orang ada-ada. Orang berada.

Saya orang ada-tak ada ni tengok sahajalah.Kadang ada masanya lebih kadang tak ada.Tapi selalunya sederhana saja.



4 comments:

Abam Kie said...

kita kena kumpul sedikit harta spt rumah n kereta agar bila mati nanti x la anak2 kita melarat n meminta2.

At-Tarmizi said...

setuju Cikgu..cuma yang saya ingin tekankan di sini tentang harta orang lain tak usahlah usik...harta sendiri dah banyak,tak perlu sampai harta orang lain pun nak =)

Dunia Zumal said...

Biarkanlah mereka, kita kumpul sekadar kita terdaya paling penting bekalan untuk ke sana...

ejulz said...

cukup harta untuk semua tanggungan pun sudah memadai.. Syukur Alhamdulillah..

Post a Comment