Pagis

Wednesday, November 9, 2016

Sudah beransur pulih



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...

Image result for smile


Syukur kepada-Nya...bengkak dalam telinga sudah sembuh.

Sepanjang tempoh sakit tidak banyak yang boleh dilakukan, malah hendak menulis di blog juga agak sukar, sakit kepala dan telinga agak menggangu.

Berkat doa daripada semua, maka kesakitan itu semakin pulih, ubat yang diberi doktor juga berjaya dihabiskan.

Semasa melalui tempoh kesakitan telinga ini, pendengaran agak terjejas dan adakalanya menyukarkan orang di sekeliling untuk berkomunikasi.

Betapa kesakitan ini menyedarkan diri tentang nikmatnya pendengaran yang dikurniakan.

Bukan itu sahaja, kesakitan ini menurut doktor barangkali berpunca daripada serangga yang memasuki telinga dan sekiranya keadaan ini dibiarkan berlanjutan, barangkali perkara yang lebih serius akan berlaku. Hanya berpunca dari serangga yang kecil tetapi mampu memberi kesan yang besar.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya, hanya Allah s.w.t yang mampu membalasnya. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang membaca atau terbaca blog ini, semoga kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu.


Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.......

insya-Allah...........

amin.

16 comments:

Warisan Petani said...

Semuga tuan telah sihat sepenuhnya.
Kesakitan itu penghapus dosa.

At-Tarmizi said...

Warisan Petani terima kasih...err tapi tak perlu panggil tuan...panggil mizi pun dah ok =)

Safirul Amar Azmi said...

Alhamdulillah

Farrah MF said...

Semoga dikurniakan kesembuhan sepenuhnya ya,..

paridah said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH SEMAKIN BERANSUR PULIH KESAKITAN DI TELINGA

At-Tarmizi said...

Safirul Amar Azmi Alhamdulillah =)

At-Tarmizi said...

Farrah MF insya-Allah...amin. =)

At-Tarmizi said...

paridah syukur Alhamdulillah =)

Mrs Fuzy šŵëĕt.šöʊř.Նĕγʀǟ said...

Alhamdulillah..semoga sihat selalu

At-Tarmizi said...

Mrs Fuzy šŵëĕt.šöʊř.Նĕγʀǟ Alhamdulillah...terima kasih. =)

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga cpt smbuh spt biasa..

Unni Anje said...

syukur Alhmdulilah

At-Tarmizi said...

nuyui a.k.a miss YUI terima kasih =)

At-Tarmizi said...

Unni Anje syukur Alhmdulilah

ayunie ramli said...

serangga ape mizi ? bhyakan. tp alhamdulillah sehat dh :)

At-Tarmizi said...

ayunie ramli tak pasti...barangkali semut, penyengat, lebah atau tebuan terbang masuk....Alhamdulillah dah sihat =)

Post a Comment