Pagis

Thursday, November 10, 2016

Revolusi Sekeping Roti Canai


Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Ini hanya sekadar sebuah pemerhatian daripada keadaan sekeliling......

Sekeping roti canai yang dahulunya berharga 60 sen kini meningkat kepada seringgit sekeping. Ironinya, saiznya tidak pula meningkat sebaliknya semakin mengecil.

Faktor utama yang boleh dikaitkan barangkali ialah kenaikkan harga barang, nilai matawang yang tidak menentu.

Peniaga roti canai harus memikirkan pelbagai kos dalam menghasilkan sekeping roti canai, bahan-bahan untuk menghasilkan roti canai juga barangkali telah meningkat. Maka, mereka juga terpaksa meningkatkan harga sekeping roti canai, dalam usaha mencari rezeki.

Roti canai seperti sudah menjadi satu identiti, budaya masyarakat Malaysia, bersarapan sekeping roti canai sebelum memulakan kerja. Menikmati sekeping roti canai sambil menonton perlawanan bola sepak bersama-sama kawan, merupakan satu keseronokkan dan nikmat dalam hidup.

Masa akan datang, berapakah agaknya nilai sekeping roti canai?

Salah satu impian saya ialah dapat mempelajari teknik menebar dan membuat roti canai, doakan saya berjaya.

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini......

insya-Allah...

amin.




8 comments:

PeRdU cINta said...

Roti canai sardin dan teh suam..hui...
Beginilah yang terjadi kini..

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta memang sedap...tambah lagi kalau kuah roti tu pun sedap...nikmatnya tak terkata =)

Unni Anje said...

kat sini da 1.20..hahahahaha

At-Tarmizi said...

Unni Anje 1.20 ya...mujur dekat tempat saya masih seringgit...tapi tak tahulah sampai bila tu... =)

paridah said...

SEMOGA TERCAPAI APA YG INGIN DILAKUKAN

ayunie ramli said...

Dh semua incurred cost naik mane la hrga skeping roti cnai xnaik :)

At-Tarmizi said...

paridah amin. terima kasih =)

At-Tarmizi said...

ayunie ramli betul...tapi harapnya masih terkawal dan tidak membebankan mana-mana pihak =)

Post a Comment