Thursday, October 6, 2016

Belajar berenang

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sebenarnya saya tidak tahu berenang...malu juga sebab saya dilahir dan dibesarkan di kawasan kampung yang berdekatan dengan laut tetapi tidak tahu berenang....

Hari ini berkesempatan untuk pertama kalinya pergi ke kolam renang yang terletak dalam kawasan Stadium Hang Jebat,Melaka....

Sebenarnya saya tidak tahu pun mengenai kewujudan kolam renang ini yang dibuka untuk orang awam...cuma bila saya melihat di laman facebook kawan saya,Shazuan(Wan) mengenai aktiviti berenang yang selalu dilakukannya bersama kawan saya seorang lain Aizat(Izat) setiap hari Khamis maka saya berminat untuk menyertai mereka........

Seawal jam 8.30 pagi,saya dan Izat sudah bertolak ke stadium sementara Wan terus sahaja dari rumahnya ke stadium............

Sampainya di sana,sudah agak ramai orang berada dalam pusat renang....rata-ratanya ahli keluarga dan juga remaja yang kelihatan di situ.........


gambar sepanjang aktiviti berenang di Pusat Akuatik Stadium Hang Jebat,Melaka


Pusat renang ini dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad,dan ditutup pada hari Isnin.Manakala bayaran yang dikenakan pula ialah sebanyak rm 5.00 seorang(tidak pasti pula harga untuk kanak-kanak berapa). 

Manakala,baju dan seluar pula harus menggunakan baju dan seluar yang digunakan khas untuk berenang. Sekiranya pengunjung tidak mempunyai baju dan seluar renang,maka baju dan seluar renang juga boleh disewa di pusat renang Melaka ini. Harganya pula tadi saya dan Aizat perlu membayar sebanyak rm 19 untuk dua orang dewasa..........

Terdapat juga kelas berenang yang ditawarkan kepada orang awam. Harganya ialah rm 350 bagi setiap seorang dan kelas akan dijalankan sebanyak 10 kali. Manakala kelengkapan untuk aktiviti renang seperti baju dan seluar,serta cermin mata renang turut diberikan. Pelajar juga boleh menyusun sendiri waktu dan masa untuk mereka menghadiri latihan kelas renang tersebut.

Sepanjang saya dalam kolam renang, Izat dan Wan banyak memberi tunjuk ajar cara-cara untuk saya berenang. Masih jauh dan lama lagi untuk saya boleh berenang tetapi satu hari nanti jika diizinkan oleh-Nya,maka saya akan tahu cara-cara untuk berenang.

Sedikit perkongsian video yang diambil daripada Youtube dan dikongsikan Izat kepada saya,saya kongsikan di sini:



semoga ada manfaatnya "post" kali ini....

insya-Allah....

amin.

8 comments:

Gee Lion said...

saya dah lama pasang angan nak belajar berenang, tapi nampaknya angan kekal angan..

mek yunie said...

Wow ! Mek kalau brenang tgelam trus tk trapung. Entah kenapa --'

paridah said...

MESTI TAHU BERENANG DEMI KEBAIKAN TU

Dunia Zumal said...

Zumal masih belum belajar berenang

At-Tarmizi said...

Gee Lion samalah dengan saya =)

At-Tarmizi said...

ayunie ramli mungkin kena masuk kelas berenang =)

At-Tarmizi said...

paridah BETUL.MEMANG BANYAK KEBAIKKAN KALAU KITA TAHU BERENANG NI. =)

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal sama-samalah kita belajar =)

Post a Comment