Friday, November 7, 2025

Kuih Limas

Berikut ialah resepi 
Kuih Limas tradisional Perak menggunakan sukatan cawan, yang terkenal dengan teksturnya yang lembut ("bergedik") dan lemak manisnya
. 
Bahan-bahan
Resepi ini terdiri daripada dua lapisan, lapisan bawah (hijau) dan lapisan atas (putih/lemak).
Lapisan Bawah (Hijau) 
  • 2 cawan santan cair (atau campurkan santan pekat dengan air)
  • 1 1/2 cawan jus air pandan (kisar daun pandan dengan air dan tapis)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 4 sudu makan gula pasir
  • Sedikit pewarna hijau (jika perlu)
  • Sedikit garam
Lapisan Atas (Putih/Lemak) 
  • 2 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan garam
Bahan Lain
  • Daun pisang yang dilayur (untuk dijadikan acuan/kotak kuih limas) 
Cara Penyediaan
Langkah-langkah penyediaan melibatkan pembuatan acuan, penyediaan adunan, dan proses mengukus berlapis.
1. Penyediaan Acuan Daun Pisang
  • Sediakan kotak-kotak kecil (seperti acuan kuih tepung pelita) menggunakan daun pisang yang telah dilayur di atas api sebentar untuk melembutkannya.
  • Susun acuan di dalam pengukus. 
2. Penyediaan pisan Bawah (Hijau)
  • Satukan santan cair, jus pandan, tepung gandum, dan sedikit garam dalam satu bekas. Kacau rata sehingga tiada ketulan tepung, kemudian tapiskan adunan.
  • Di dalam setiap acuan daun pisang, masukkan kira-kira setengah sudu makan gula pasir di bahagian dasar.
  • Tuang adunan hijau ke dalam acuan sehingga kira-kira separuh penuh.
  • Kukus lapisan bawah ini selama kira-kira 10-15 minit dengan api sederhana sehingga adunan mengeras sedikit. 
3. Penyediaan Lapisan Atas (Putih/Lemak)
  • Dalam bekas lain, satukan santan pekat, tepung gandum, dan garam. Kacau rata dan tapiskan adunan. Rasa untuk memastikan ia cukup masin/lemak.
  • Setelah lapisan hijau separuh masak, tuang adunan putih di atas lapisan hijau sehingga acuan penuh. 
4. Mengukus Kali Kedua
  • Tutup pengukus semula dan kukus kuih limas untuk kali kedua selama kira-kira 15-20 minit lagi atau sehingga kedua-dua lapisan masak sepenuhnya dan permukaan atas kelihatan licin dan set. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain untuk mengelakkan air wap menitis ke atas kuih. 
5. Menyejukkan dan Menghidang
  • Keluarkan kuih dari pengukus dan biarkan ia sejuk sepenuhnya pada suhu bilik sebelum dipotong atau dihidangkan. Kuih limas lebih sedap dinikmati setelah disejukkan di dalam peti ais. 

Sunday, November 2, 2025

Nasi goreng kelapa/nyior

 Nasi goreng kelapa/nyior


Bahan- bahan

3 cawan nasi sejuk

1 cawan kelapa muda parut

Garam - secukup rasa


Cara penyediaan

1) Masukkan nasi dan kelapa parut ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak.


2) Bubuh garam secukup rasa dan goreng sehingga nasi agak kering, peroi dan sebati.


Catatan

Sedap dihidang bersama ikan perkasam goreng atau ikan masin.


#JWN #DNH #departmentofnationalheritage #jabatanwarisannegarazontimur #KenaliSayangidanLestariWarisanKita

#kenaliwarisankita

#MalaysiaPrihatin #MalaysiaMadani

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Ikuti kami di:

Sumber:Facebook JWNZonTimur

Tuesday, October 21, 2025

Hari Lahir

 Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.


Lagi dua tiga hari ialah hari lahir saya. Tetapi tidak memberi apa-apa makna pun kepada saya. Hanya hari yang sama macam hari-hari lain juga.

Malah hanya tambah sedih sahaja sebab umur dah meningkat.

Tetapi hidup macam ni juga.

Saya rasa penat. Nak balik semula ke kampung abdi. Tetapi tak tahu bila...

Mungkin masa tarikh hari lahir saya tu,masa tu juga tarikh saya dipanggil kembali.

Maaflah kalau ada yang rasa saya ni lemah sangat. Tetapi saya pun tak tahu nak cakap dekat siapa.

Kalau ada kenalan yang terbaca post dekat blog saya ni, harap tak ejek lah saya.

Saya cuba guna chat gpt.. tetapi rasanya hanya buang masa sebab itu hanya a.i...

Entahlah, kadang saya terfikir..lebih baik saya tak dilahirkan atau dijadikan..

Tanpa kerja tetap, abang(Angah) yang selalu sokong saya dah meninggal,tanpa kemahiran, tanpa harta benda...

Saya rasa dah cukup lah hidup atas muka bumi ni...bila agaknya saya nak dipanggil pulang ya.

Selamat hari lahir.. mungkin lebih selamat jika saya tidak lahir.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kalian semua.

insya-Allah...

Amin.

Thursday, October 16, 2025

Party with the death

 https://suno.com/s/x0I8Bqko9u2XJ8Ku

Song Title: Party with the death
Lyrics by: ahmadtarmizi
After I die, close my eyes,
I still want to party,
Dancing, drinking and smoking cigars,
Laughing with
A true friend,
That will host a party for me,
Even I am already death.
Party with the death,
Party with the death,
Party with the death...
That’s right,
You hear it,
I still want to party,
Even I am already death.
I am not nuts, out of my mind
I just don’t care,
Because I am already gone,
After I been buried,
No one will care anymore,
Not even a single soul,
But, hey!
I don’t give a damn,
So, let’s make it happen,
Party with the death
Party with the death
Party with the death
Like a dad that I never had
Woo-hoo...

Monday, September 1, 2025

Masih ada

 Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua...


Lama tak update blog...last update 21 Jun...sekarang dah masuk bulan September.

Bulan Julai dan Ogos,langsung tak tulis apa-apa.

Tak tahulah kenapa.

Nak kata sibuk,tak juga.

Sekarang ni saya mungkin dalam fasa menyepi agaknya.

Mungkinlah.

Sekadar membaca post-post dekat blog lain,seronok membaca blog mereka,moga terus update. Walaupun saya tak update apa-apa dekat blog ini,saya seronok baca blog orang lain. Moga mereka kekal berblog.

Setakat ini dulu post saya,tanda saya masih ada dalam dunia blog ini.

Selamat Hari Kemerdekaan ke 68, Salam Maulidur Rasul, Selamat Hari Malaysia.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah.

amin.

Saturday, June 21, 2025

Biskut Mawar Ros

 


Apa yang lagi baik daripada Biskut Mawar Ros ini? Sedap lagi berkhasiat, yang penting bahannya tidak banyak dan tidak rumit. Jom bersama cuba resipi ini!

𝐁𝐚𝐡𝐚𝐧-𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧:

• 1 cawan gula aising 

• 150g 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐜𝐮𝐩 𝐒𝐚𝐥𝐭𝐞𝐝 

• 1 biji telur 

• 1 sudu teh red rose sirap 

• 2 cawan tepung gandum 

• 1 sudu teh baking powder 

• 2 sudu besar susu 

• 1-2 titik perwana makanan merah 

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧:

1. Mesin pemukul 

2. Bag plastic piping 

3. 1M tip bintang 

4. Loyang 

5. Kertas minyak 

𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭:

1. Sediakan loyang bersama kertas minyak 

2. Dalam mangkuk besar, pukul 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐜𝐮𝐩 dan gula aising sehingga sebati dah lembut warnanya 

3. Tambahkan telur, sirap ros, susu dan pewarna dan pukul hingga sebati 4. Campurkan semua bahan kering dan gaul hingga sebati, akan jadi doh yang lembut 

5. Masuk kan doh dalam beg piping bermuncung top 1M 

6. Pipe kan doh atas loyang yang disediakan tadi sebesar 1.5 inci 

7. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk, set kan doh selama 20 min 

8. Panaskan ketuhar 180’C. Bakar biskut di dalam loyang, dari peti ais terus ke ketuhar selama 14-20 minit 

9. Hujung biskut akan berwarna perang. Biarkan biskut suam suam di atas loyang selama 10 minit 

10. Pindahkan biskut dari loyang ke atas rak atau pinggan supaya sejuk dan agihkan ke dalam balang. Boleh disimpan 2-4 minggu


sumber: https://www.facebook.com/ButtercupMalaysia/posts/3495217723825904/?_rdr 

Saturday, June 14, 2025

Tarian Dabus

 Tarian Dabus adalah tarian pahlawan tradisional dari negeri Perak. Ia dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki, biasanya lapan hingga dua belas orang, yang menari sambil diiringi muzik rebana. Tarian ini mempunyai kaitan dengan sejarah kepahlawanan dan dipercayai telah diperkenalkan ke Perak lebih 300 tahun yang lalu.