Monday, July 24, 2023

Pesan ustaz sempena Awal Muharam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

Sedikit perkongsian yang saya dapat semasa dengar tazkirah maghrib oleh seorang ustaz di masjid kariah saya.

Ustaz beritahu sekiranya kita berhijrah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah sw.t. maka kita akan diberi ganjaran yang besar.

Ganjaran dunia dan ganjaran akhirat.

Kita akan diberi 

1) Rasa tenang dalam kehidupan
2) Rezeki yang mencukupi dan baik.
3) Mendapat rahmat daripada Allah s.w.t

Moga ada manfaatnya post saya ini.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

Amin.




Monday, July 17, 2023

Dah nak masuk awal Muharam 1445 Hijrah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

Dah nak masuk awal Muharam ya..dah nak masuk tahun baru dalam kalendar Islam..

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua..

Moga segala urusan dipermudahkan..

Moga segala hajat dapat dicapai..

Tak tahulah kalau masih ada umur untuk saya atau mungkin tahun 1445 Hijrah ni tahun terakhir saya di atas muka bumi ini..

Dan menjadi ahli kubur..

Sempena awal Muharam yang dah tak lama lagi ni,saya mohon maaf ya jika ada sebarang post atau penulisan di blog saya ini yang menyinggung atau menyakiti perasaan...

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua....

Insya-Allah...

Amin.

Friday, July 7, 2023

Kenapa?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua..

Semejak habis belajar degree dulu tahun 2013/2014,saya selalu dapat soalan kenapa...

Kenapa tak minta kerja kerajaan?
Kenapa tak minta jadi cikgu sekolah?
Kenapa kerja sebagai penjaja?
Kenapa tak minta kerja lain?
Kenapa tak minta kerja badan beruniform?
Kenapa begini..kenapa begitu..

Kenapa tak minta kerja kerajaan?
Dah minta semejak umur 18 tahun lagi..sekarang dah 33 tahun...pernah pergi iv, pernah pergi ujian kecergasan..banyak kali gagal ujian computer....ada saudara yang kerja kerajaan? Tak ada..kalau ada lama dah saya minta tolong..

Kenapa tak minta kerja cikgu sekolah?
Minta...tapi yang ada ijazah pendidikan pun sekarang tak dapat jadi cikgu..apatah lagi saya yang bukan bidang pendidikan..one-off? Ada minta tapi tak dapat.

Kenapa tak minta kerja badan beruniform?
Minta juga...tapi rasanya sekarang ni dah lambat dan tak ada harapan dah...lagipun saya rabun jauh yang teruk..tak pakai cermin mata langsung kabur...dulu tak tahu pun ada lasik...kalau tahu pun rasa tak mampu juga dengan kosnya..

Kenapa ambil bidang hr? Tak tahu sebab dulu saya main ikut sahaja...saya sebenarnya pun tak tahu kenapa saya belajar hr dulu...

Kenapa tak kerja hr? Pernah ikut program SL1M dulu...tapi malangnya saya tak ditempatkan di bahagian hr.... sekarang rasanya dah boleh simpan sahaja degree saya tu...dah lama dah saya tinggal hr ni.

Kenapa saya tulis pasal ni dekat blog?
Entahlah...tapi kalau ada sedikit sebanyak perkara yang boleh dijadikan teladan contoh jangan belajar bidang yang kita tak minat/tak tahu dan jangan ikut kawan...maka ambil lah pengajaran daripada kisah hidup saya ni.. apa yang berlaku dalam hidup saya ni bukan salah sesiapa pun...salah saya sendiri.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

Amin.

Monday, June 26, 2023

Tayar motor bocor

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

Baru sahaja tukar starter motor haritu, hari ini tayar motor pula bocor...tayar belakang.

Termenung...

Tayar motor bocor masa dalam perjalanan nak pergi berjaja...

Barangkali kena pisau atau dawai...tak pasti pula sebab bocor memang besar..

Nak tampal@cacing tayar motor pun dah tak boleh sebab bocor dah terlalu besar..

Kena tukar tayar baru terus.

Termenung lagi...

Dalam dompet cuma ada beberapa ringgit..tayar baru 80/90 harga rm80.00

Terpaksalah cari mesin atm yang berdekatan...

Simpanan ada berapa sahaja..

Nak tak nak terpaksalah keluarkan..

Doakan semoga yang baik-baik sahaja untuk saya ya..

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

Amin.

Monday, June 19, 2023

Starter Motor Rosak

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

Cuma nak kongsi sedikit tentang perkara yang jadi pada saya hari ini.

Starter motor rosak.

Baru sahaja hidupkan road tax motor,dah starter motor pula rosak...

Ingat ada skru tercabut ke apa...jadi tak mahal kalau kena repair..rupanya bila hantar bengkel motor, abang mekanik tu cakap skru enjin dalam tu dah patah...

Nak kena turun enjin...nak dekat sejam dua jugalah prosesnya...

Harga nak repair pula rm 80 ringgit...

Termenung sekejap....sudahnya saya tanya abang tu kalau nak pakai dulu sementara motor ni boleh ke?

Mujur juga abang mekanik tu cakap tak ada masalah...cuma starter tu tak menendang balik sajalah...

Terpaksalah ikat pakai tali buat sementara dulu...

Tengoklah sementara ni macam mana..nak kena kumpul duit dulu ni..

Rm 80 ringgit tu besar nilainya bagi orang yang bekerja sendiri macam saya ni...

Semoga dipermudahkan segala urusan saya...

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

Amin.

Wednesday, June 14, 2023

Banyak nak pakai duit bulan ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Macam tajuk post saya..bulan ni memang banyak nak pakai duit..

Bateri kereta saya dah rosak..dah tukar haritu kena rm 200 lebih..

Kemudian insurans motor saya dah nak habis 19 haribulan ni... Nak dekat seratus lebih juga tu..

Skim insurans PERKESO bagi kategori penjaja yang saya ambil juga dah nak kena "renew" balik...

Seratus lebih juga harganya...

Kemudian,jika ada rezeki saya...nak cuba meniaga di tapak pasar malam yang berdekatan dengan rumah saya...

Nak kena ada modal juga tu...nak beli payung,kerusi...barang niaga dan sebagainya...

Memang banyak nak pakai duit nampaknya saya bulan ni...

Moga-moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki saya untuk dapat bayar semua kos ni...

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

Amin.

Friday, June 9, 2023

Solat Sunat Isyraq