Monday, July 24, 2023

Pesan ustaz sempena Awal Muharam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

Sedikit perkongsian yang saya dapat semasa dengar tazkirah maghrib oleh seorang ustaz di masjid kariah saya.

Ustaz beritahu sekiranya kita berhijrah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah sw.t. maka kita akan diberi ganjaran yang besar.

Ganjaran dunia dan ganjaran akhirat.

Kita akan diberi 

1) Rasa tenang dalam kehidupan
2) Rezeki yang mencukupi dan baik.
3) Mendapat rahmat daripada Allah s.w.t

Moga ada manfaatnya post saya ini.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

Amin.




3 comments:

Cuya said...

InshaAllah...niat yang baik akan membawa kita ke arah yang lebih baik

Sharhanah said...

Waalaikumussalam... sangat bermanfaat perkongsian ni. Aamiin, Insha-Allah, moga yang baik-baik untuk semua.

ejulz said...

Terima kasih diatas perkongsian.. semoga kita sama2 mendapat hidayah ke arah yang lebih baik. amin

Post a Comment