Monday, November 18, 2019

Asif & Tar


Friday, November 15, 2019

Tahniah Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mengalahkan Thailand dalam perlawanan bola sepak peringkat kumpulan untuk kelayakan ke Piala Dunia.

Tahniah atas kemenangan.

Image result for malaysia vs thailand
sumber gambar:google images
Pemain terbaik semestinya Brendan Gan. Macam tak kenal penat,turun naik,bertahan,menyerang semua dia buat.

Tahniah.

Lepas ini,pasukan Malaysia akan bertemu pasukan Indonesia. Moga pasukan negara kita menang.

insya-Allah..

amin.

Wednesday, November 13, 2019

Akhirnya post pertama bulan November

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kembali berblog.

Kisahnya, charger untuk laptop dah rosak. Tak boleh nak berblog guna laptop, password untuk login blog pula tak ingat, dekat laptop memang dah set siap-siap password. Jadinya tak boleh nak login blog guna smartphone atau laptop lain.

Boleh baca saja blog kawan-kawan blogger lain,nak tinggal komen tak dapat. Nak update post baru pun tak dapat.

Alhamdulillah, tadi ada rezeki lebih sikit,boleh lah beli notebook adaptor yang baru. Harganya dalam rm 70.0, rasa macam mahal sebab survey dekat shopee baru dalam rm 40 ke rm 50 saja.  Tapi malas nak tunggu delivery ,jadinya beli dekat kedai sahajalah. Senang.

Banyak sebenarnya saya nak tulis,tapi yang teringin sangat nak tulis pengalaman saya pergi kelas belajar buat roti canai bersama Dato Chef Li-penulis buku Jutawan senyap, memang cita-cita saya daripada dulu nak ada kemahiran buat roti canai. Tetapi jujurnya dah balik kelas pun saya masih belum berjaya tebar lagi, kena banyak berlatih lagi. Doakan saya berjaya. Nanti akan saya kongsikan pengalaman saya pergi kelas ini. Insya-Allah.

Saya juga nak berbanyak terima kasih kepada rakan blogger lain yang masih rajin membaca blog saya ini dan meninggalkan komen di post-post yang lain. Terima kasih banyak sebab komen tuan,puan juga antara sebab saya masih bersemangat hendak menjadi blogger. Rasa gembira sebab ada juga yang sudi baca blog saya ini. Terima kasih,hanya tuhan sahaja mampu membalasnya.

Sekali lagi,syukur kepada Allah s.w.t , dapat juga saya kembali menulis di blog ini. Moga saya akan terus konsisten dalam dunia blogging ini.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

amin.

Thursday, October 31, 2019

Kedah atau Johor?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Besok final Piala Malaysia. Perlawanan di antara pasukan Kedah bertemu Johor Darul Takzim(JDT).

Image result for kedah vs jdt
sumber gambar:google images
                                   

Memang dua-dua pasukan ni hebat.

Tetapi saya pilih pasukan Kedah akan menang. Sebabnya saya memang peminat pasukan Kedah semenjak zaman mereka menang double treble. Masa tu jurulatih mereka Azrai Khor Abdullah.

Memang ingat pemain-pemain mereka masa tu.

Penjaga gol,Helmi Eliza, Lepas itu pemain-pemain lain seperti khyril muhymeen, Sabri Abu, Baddrol Bakhtiar, Victor, Pak Long. Masa ni Khyril tengah popular,zaman kemuncak prestasi. 

Selalu tengok aksi pasukan Kedah di televisyen. Itu yang jadi minat.

Semoga besok satu pertemuan sengit akan berlaku. Harapnya tiada insiden yang boleh mencemarkan imej bola sepak negara.

Harap yang baik-baik sahaja esok.

insya-Allah..

amin.

Thursday, October 24, 2019

Selamat Hari Lahir Tarmizi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat hari lahir Tarmizi.

Sedihkan bila tak jadi apa-apa lagi,
Masih di takuk yang sama hari ke hari,
Lihat yang lain telah terbang tinggi,
Tinggal sendiri tunduk sayu ke bumi.

Selamat hari lahir Tarmizi.

Esok lusa pun masih sama,
Masih di sini, tidak kemana-mana,
Berusaha untuk keluar segera,
Tetapi tetap kembali semula ke asalnya.

Selamat hari lahir Tarmizi.

Jika ada kenalan yang terbaca puisi ini,
Lalu dijadikan ejekan dan gurauan pusi ini,
Tak apalah, aku sudah tua,tak larat lagi,
Hendak menyimpan kecewa dan marah dalam hati.

Selamat hari lahir Tarmizi.

Ingin sekali memeluk dan mencium tangan ibu,
Memohon ampun kerana gagal menjadi sesuatu,
Sesuatu yang boleh dibanggakan dan menyenangkan ibu,
Malangnya hanya menjadi sebab untuk ibu berasa malu.

Selamat hari lahir Tarmizi.
Jika diberi pilhan,pasti aku tak mahu hidup,
Kerana hidup aku tak menjadi,
Bukankah lebih baik jika sejak dari mula lagi,
Tarmizi ini tak pernah wujud di muka bumi.

Selamat hari lahir Tarmizi.

Tuesday, October 22, 2019

Asif & Tar


Sunday, October 20, 2019

Bila kena buang kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya pernah ada pengalaman kena buang kerja, pengalaman yang menyedihkan dan menyakitkan.

Teringat balik memang rasa sedih.

Nak buat macam mana,dah memang salah saya. Saya baru kerja dan masih tak berapa faham lagi,jadi terbuat sedikit kesilapan terus kena buang.

Bila kena buang tu,rasa kecewa betul dengan diri sendiri.

Seolah-olah saya ni macam tak boleh buat apa-apa dalam hidup ini.

Tapi nak tak nak hidup kena diteruskan.Saya tetap kena cari nasi bila lapar.

Mujur, alhamdulillah ada petak tempat mak saya niaga.Boleh juga saya terus mencari wang untuk belanja hidup saya.

Kena buang kerja ni memang perkara yang menakutkan, menyedihkan lebih-lebih lagi bila ada anak isteri yang nak ditanggung.Mujur saya bujang dan tak ada anak. Cuma emak sahaja saya bagi duit belanja sikit-sikit.

Apapun perkara ini menjadi salah satu pengalaman dalam kehidupan saya. Moga harapnya lepas ini,kalau saya ada peluang bekerja dengan orang lain saya tak akan mengalami peristiwa yang sama.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

Amin.