Friday, December 1, 2017

Salam Maulidur Rasul

Related image

sumber gambar : google images

Terminal Bersepadu Selatan

Terminal Bersepadu Selatan

Ramai manusia di sini,
Menunggu untuk sampai destinasi,
Tempat perhentian dan persinggahan bas,

Terminal Bersepadu Selatan

Pelbagai tingkah laku dapat dilihat,
Ada yang tergesa-gesa,ada yang biar lambat asal selamat,

Ada yang berdiri berkelompok,ada yang duduk bersendiri,
Seperti diri ini yang sedang menulis tulisan ini,

Terminal Bersepadu Selatan

Sibuknya seolah tidak pernah berhenti,
Tambahan lagi jika hari cuti,

Pelbagai lapisan masyarakat di sini,
Petugas melakukan kerja seikhlas hati,
Terima kasih atas dedikasi...

Terminal Bersepadu Selatan

Pelbagai kisah dan kenangan,
Pelbagai ragam dan tingkah laku,

Moga semua sampai ke destinasi yang dituju,
Mudah dan selamat selalu,

insya-Allah,dengan izinNya jua..

Amin.

Ditulis oleh: at-tarmizi
Lokasi: Terminal Bersepadu Selatan

Thursday, November 30, 2017

COMEBACK GIVEAWAY BY RAYDAH ALHABSYI


Klik banner untuk join =)

Wednesday, November 29, 2017

Buntu dan beku

Login masuk ke akaun blog...

Mata terpaku seketika,
Mencari idea untuk menulis sesuatu,
Bingung dan buntu,
Tiada ilham untuk "post"terbaru...

Menonton video di you tube,
Tiada apa yang menarik untuk dikongsi,
Melayari media sosial,
Seperti biasa,
Isu politik,artis berkahwin,demonstrasi,pergaduhan dan pelbagai lagi.

Juga perkara biasa.
Ada yang menggunakan media sosial sebagai tempat meluahkan perasaan, tempat berniaga, berkongsi tips, berkongsi kisah dan sebagainya..

Seperti selalunya juga,
Ada netizen yang memuji,ada juga yang mengeji "post-post" tertentu...

Barangkali di media sosial pesalah jenayah yang paling berat boleh menjadi seorang pendakwah yang paling hebat...

Di media sosial,di alam realiti dan nyata,
Terdapat sahaja manusia yang tak pernah perasan silap dan kurangnya diri sebaliknya berasa diri sendiri malaikat yang paling suci.

Ketika ini masih tercari-cari idea untuk menulis post terbaru di blog ini...

Tenang seketika,minum air,dan hembus nafas...

Moga ilham untuk menulis sesuatu sampai dan moga ada manfaatnya pada diri dan mereka yang membaca.

insya-Allah...

amin.

Letih.

Image result for letih


Letih.
Ingin pejam mata,
Lupakan semua,
Biar masa tentukan segala,

Letih benar-benar letih.

Ingin lari,
Jauh-jauh daripada realiti
Alam khayal lebih menarik hati,

Letih benar-benar letih.

Khayal dalam sedar,
Sedar separa akal,
Realiti ini begitu mual,

Letih benar-benar letih.

Tak larat dah lagi,
Hidup bersimpang siur seperti ini,
Khayal,akal,sedar, mimpi,realiti,

Letih benar-benar letih
Letih benar-benar letih...
Belum hidup sudah terasa mati.

Tuesday, November 28, 2017

Asif & Tar

Monday, November 27, 2017

Tutorial Upload Gambar daripada PC/Laptop ke Instagram

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sedikit perkongsian cara-cara memuat naik gambar yang ada dalam folder komputer/laptop kita ke instagram.

*Langkah-langkah atau penerangan akan ditunjukkan di bawah gambar. Maksudnya gambar dahulu baru penerangan.

**Ikut anak panah warna merah yang diberi

*** saya menggunakan browser google chrome.


Step 1: Log in masuk instagram




Step 2 : Tekan yang titik tiga tu "Customize and control Google Chrome"




Step 2.1 : Klik "more tools"


Step 2.2 : Klik "developer tools"



Step 3. Klik ikon "toggle device toolbar", yang bentuk phone tu ataupun shortcut key                 Ctrl+Shift+M
 Step 3.1 : Refresh browser, tekan F5



Jadi selepas "refresh" browser sepatutnya akan jadi macam ni.





Step 4. Klik dekat simbol tambah tu  +




 Folder dalam pc / laptop akan dipaparkan.



Step 5 : Pilih gambar



Lepas tu nak edit/filter gambar yang dipilih terpulang kepada anda. 


Selepas itu klik "next"


Selepas itu akan keluar paparan seperti ini



 Tulis caption dekat gambar, terpulang kepada anda nak tulis apa.



Step 6 :   Klik "share"


sekiranya tak ada masalah, maka gambar akan diupload ke ig kita seperti ini



Step 7 : Klik semula  "toggle device toolbar", yang bentuk phone tu ataupun shortcut key                 Ctrl+Shift+M



Step 8 : Klik "close" atau simbol/ikon pangkah x 



Step 9 : Selesai, gambar yang kita nak upload daripada pc/laptop kita ke ig sepatutnya dah diupload jika tak ada apa-apa masalah =)


Semoga ada manfaatnya "post" kali ini dan dapat menjadi bekalan akhirat saya nanti.

insya-Allah...

amin.