Monday, December 13, 2010

Pendrive yang unik dan pelik

Assalamualaikum w.b.t
Jom layan gambar-gambar pendrive yang unik ini,tapi rasanya pendrive ini tidak dijual di Malaysia,kalau ada beritahulah saya yer? :)

  1)Pendrive Iduck

Kita memulakan dengan USB drive bentuk haiwan, dan itu adalah iduck dari syarikat Jepun Solid Alliance.Disediakan dalam enam warna yang berbeza dan akan menyala ketika dipasang masuk.



 2)Pendrive Mikan Seiji


Ok,pendrive ini disebut Mikan Seijin dan jika diterjemahkan membawa maksud 'Mandarin Alien' - sebuah acara TV popular Jepun sejak tahun 1994. 




 3)Pendrive ibujari



Sangat realistik, sehingga anda mungkin boleh menggunakannya untuk mengenakan rakan-rakan anda.






  4)Pendrive Barbie

Kini anak patung bukan sahaja untuk permainan kanak-kanak malah boleh digunakan untuk menyimpan maklumat di komputer anda.Anda harus cabut kepalanya dahulu sebelum digunakan..sedikit ganas dan menyeramkan kan?heh...




 5)Pendrive lighter
Satu lagi pendrive yang unik,berbentuk lighter...bukan sahaja lighter digunakan untuk menyalakan rokok(amaran dari kerajaan malaysia:merokok membahayakan kesihatan)tapi kini boleh digunakan untuk memindah data komputer...tapi jika anda seorang pelajar sekolah jangan bawa ini ke sekolah nanti sia-sia kena tampar dengan cikgu displin anda...hahaha


Lain-lain Pendrive yang unik-






Sunday, December 12, 2010

Lawak suka-suka

Assalamualaikum w.b.t
Sekadar mengisi masa lapang anda dan saya,
Harap terhibur....


dicipta oleh:Tarmizi :)

Saturday, December 11, 2010

Tonton Tv1 dan Tv2 di Internet

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian mengenai cara menonton tv1 dan tv2 di internet.Sebenarnya terdapat banyak cara lagi untuk menonton tv di internet contohnya yang terbaru ialah laman web tonton.com.my,tapi cara yang saya kongsikan ni ialah cara lama yang mudah untuk menonton tv 1 dan tv 2,dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran...

Caranya-

*Sila gunakan Internet Explorer(IE) untuk langkah-langkah ini

  1. Pergi ke google
  2. Taip tv3.co.cc
  3. Pergi ke laman web tersebut
  4. Install missing plugin
  5. Klik tv online,pilih channel tv1 atau tv2(kelajuan menonton tv ni bergantung kepada internet connection anda)
  6. Selesai...


Friday, December 10, 2010

Beli handset baru

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini pergi ke kedai handset untuk membeli handset setelah handset lama hilang,pergi bersama-sama dengan kawan iaitu Aiman dan Boy.Setelah berfikir sejenak,so ambil keputusan untuk membeli handset jenis lama yang murah jer...jimat kos sikit :P

Jadi pilihan di hati ialah handset Nokia 1280 dengan harga cuma rm 84.00 sahaja...,
Nilah gambar handset tersebut.....



Dalam perjalanan balik singgah kejap makan cendol ...sedap betul cendol ni harga baru rm 1.00 semangkuk...

Jadi terima kasih kepada Aiman dengan Boy sebab sudi teman saya membeli handset,terima kasih banyak-banyak :)

Thursday, December 9, 2010

Panduan mendaftar Maybank2u.com



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah,...semalam saya telah pergi ke maybank untuk memohon penggunaan Maybank2u dan telah berjaya memiliki Maybank2u...

Berikut saya sertakan langkah-langkah yang harus dibuat untuk memohon Maybank2u.

Langkah 1.Kena ada akaun bank tidak kira apa jenis pun di Maybank(kalau tidak macam mana nak aktifkan akaun Maybank2u kan? :-p)

Langkah 2.Pergi ke mesin ATM dan masuk no pin akaun bank biasa anda,

Langkah 3.Pilih lain-lain urusniaga>pilih maybank2u sevices>pilih maybank application>pilih request pin number(masukkan 6 digit nombor,apa-apa nombor cth 999999,(ini hanya untuk sementara sahaja)>anda akan diminta tulis semula no.pin 999999 anda>ambil resit

4)Pergi ke laman web Maybank2u.com,kemudian pilih "FIRST TIME REGISTER",setelah anda membaca peraturan yang disediakan,klik "I agree button",kemudian anda masukkan nombor 999999 tadi.

5)"Create" nama(username anda)dan pasword anda(minima 8 aksara termasuk nombor dan underscore)cth:Khairul_86 ,penting: jangan hilang atau lupa username dan password anda,klik Ok.

6)Tahniah!!! anda sudah mempunyai akaun Maybank2u,tapi proses ini masih belum lengkap kerana anda perlu mengaktifkan no TAC anda dahulu sebelum anda boleh melakukan sebarang urusan menggunakan maybank2u.

7)Pergi ke cawangan bank Maybank di tempat anda dan minta borang untuk mengaktifkan TAC.(mereka akan gunakan no.handset untuk tujuan ini),selesai...


***Langkah yang paling selamat dan tepat untuk anda mendaftar Maybank2u ini ialah pergi ke mana-mana cawangan bank Maybank di tempat anda dan minta pertolongan kepada pegawai-pegawai bank yang bertugas di situ,mereka akan berbesar hati menolong anda...


p/s-Langkah yang saya tunjukkan merupakan satu tips@pandangan peribadi,oleh itu saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang risiko yang dialami anda sekiranya anda mengguna pakai nasihat dalam mana-mana bahagian dalam blog ini :)

Wednesday, December 8, 2010

Malaysia mara ke separuh akhir Piala Suzuki

Assalamualaikum w.b.t

Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Suzuki apabila membelasah pasukan Laos dengan 5-1.Kejayaan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir dibantu oleh kemenangan pasukan Idonesia ke atas Thailand.Indonesia mengatasi Thailand dengan 2-1 hasil jaringan Bambang Pamungkas(Indonesia)manakala gol Thailand dijaringkan  Suree Sukha sekaligus menjadi johan kumpulan dan Malaysia di tempat kedua seterusnya layak ke separuh akhir...

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh-

Amri Yahya(4,41),Amirul Hadi Zainal (74), Norshahrul (77) dan Mahali Jasuli (90)

Gol Laos pula dijaringkan oleh-

Lamnoum Singto(8)


Tahniah kepada pasukan Malaysia...semoga terus maju

utk bacaan lebih lanjut,klik sini

Tuesday, December 7, 2010

Jom tengok tv online

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian mengenai cara tengok tv oline-

1)Pergi ke google dan cari myP2P.eu

2)Dekat site ini,pilih live tv atau live sport

3)Pilih chanel yang pc boleh support(klau x boleh buka makne pc korang x support@kena download software dia dulu :-)

Sekian...selamat mencuba