Pagis

Wednesday, December 8, 2010

Panduan mendaftar Maybank2u.com



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah,...semalam saya telah pergi ke maybank untuk memohon penggunaan Maybank2u dan telah berjaya memiliki Maybank2u...

Berikut saya sertakan langkah-langkah yang harus dibuat untuk memohon Maybank2u.

Langkah 1.Kena ada akaun bank tidak kira apa jenis pun di Maybank(kalau tidak macam mana nak aktifkan akaun Maybank2u kan? :-p)

Langkah 2.Pergi ke mesin ATM dan masuk no pin akaun bank biasa anda,

Langkah 3.Pilih lain-lain urusniaga>pilih maybank2u sevices>pilih maybank application>pilih request pin number(masukkan 6 digit nombor,apa-apa nombor cth 999999,(ini hanya untuk sementara sahaja)>anda akan diminta tulis semula no.pin 999999 anda>ambil resit

4)Pergi ke laman web Maybank2u.com,kemudian pilih "FIRST TIME REGISTER",setelah anda membaca peraturan yang disediakan,klik "I agree button",kemudian anda masukkan nombor 999999 tadi.

5)"Create" nama(username anda)dan pasword anda(minima 8 aksara termasuk nombor dan underscore)cth:Khairul_86 ,penting: jangan hilang atau lupa username dan password anda,klik Ok.

6)Tahniah!!! anda sudah mempunyai akaun Maybank2u,tapi proses ini masih belum lengkap kerana anda perlu mengaktifkan no TAC anda dahulu sebelum anda boleh melakukan sebarang urusan menggunakan maybank2u.

7)Pergi ke cawangan bank Maybank di tempat anda dan minta borang untuk mengaktifkan TAC.(mereka akan gunakan no.handset untuk tujuan ini),selesai...


***Langkah yang paling selamat dan tepat untuk anda mendaftar Maybank2u ini ialah pergi ke mana-mana cawangan bank Maybank di tempat anda dan minta pertolongan kepada pegawai-pegawai bank yang bertugas di situ,mereka akan berbesar hati menolong anda...


p/s-Langkah yang saya tunjukkan merupakan satu tips@pandangan peribadi,oleh itu saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang risiko yang dialami anda sekiranya anda mengguna pakai nasihat dalam mana-mana bahagian dalam blog ini :)

0 comments:

Post a Comment