Thursday, June 25, 2026

Rasa kecewa

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua...

Lama hilang, sebab hilang kerana banyak kekecewaan yang berlaku...

Saya cuba ambil MUET semula, tetapi sedihnya saya cuma dapat band 4, markah writing saya teruk betul.Sedih rasanya,teruk sangat ke karangan saya, total markah saya 255 macam tulah kot,dapat band 4. Saya ambil MUET balik dengan harapan boleh mohon SPP dan dapat opsyen bahasa Inggeris sebab degree saya tak berkaitan dengan bahasa Inggeris,saya degree HR,jadi kalau dapat MUET band 5 adalah peluang dipanggil temuduga tapi malangnya tak menjadi kenyataan,jauh markah saya nak dapat band 5,dalam 40 markah. Saya terlalu kecewa jadi saya buat recheck bayar rm 90, tetapi saya baca dekat thread, rasanya sia-sia sahaja sebab majoriti cakap markah tak akan berubah pun. Kemungkinan juga mungkin saya dapat markah rendah sebab tulisan saya yang terlalu buruk. Semasa tulis karangan tu tangan saya menggigil,saya ada masalah hand tremor. Disebabkan itu dari kecil sampai besar tangan saya akan menggigil dan terketar-ketar. Kesannya, tulisan saya akan jadi sangat buruk dan sukar dibaca. Ingatkan markah speaking saya teruk sebab masa speaking tu saya kena panic attack bila examiner terperanjat dengar umur saya dah 36 ambil semula MUET. Kesannya, sesi satu saya tak dapat cakap dengan baik dan sesi 2 saya bercakap tapi tak tahulah apa saya cakap.

Kekecewaan kedua ialah crush saya akan berkahwin. Crush yang saya ceritakan dalam post sebelum ni. Tak mengapalah, orang baik-baik dan cantik macam dia moga jodoh dia akan jaga dia baik-baik jugalah.Tak nak tulis banyak sangat pasal perkara ni.Moga yang baik-baik sahajalah untuk dia.

Terima kasih kerana sudi membaca sampai sini. Semasa tulis ni saya demam dan tak larat,kecewa hampa semua ada.

Tapi nak buat macam mana. Nak ambil balik semula MUET mungkin tidak lah buat masa sekarang. Nak ambil lain macam MUET on demand,MUET express, IELTS semua kena ada modal besar dan agak sukar khususnya bahagian transport untuk saya ke sana.

Entahlah...

1 comments:

Etuza said...

Band 4.sangat tinggi, hebat sudah tu ya..Trmizi..tahniah.

Post a Comment