Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...
Saya ada satu tabiat atau perangai iaitu perkara senang jadi susah...maksudnya kadangkala benda atau urusan itu senang sahaja tetapi tak tahu kenapa kadangkala saya buat ia jadi susah.
Contohnya, dekat laptop saya ni ada dokumen macam pdf,word tetapi saya biar sahaja ia bersepah tak letak dalam satu folder...padahal senang sahaja kan buat satu folder lepas tu simpan elok-elok word ke pdf dalam tu...entah kenapa saya suka ia bersepah.
Contoh lain, kalau saya kena beli barang atau ada urusan,kadangkala saya kena pergi dua tiga kali sebab terlupa atau ada dokumen yang tak lengkap, padahal kalau saya tulis atau save dekat phone barang yang nak dibeli kan lebih mudah...dokumen pula kalau saya siapkan betul-betul baru buat urusan kan lebih mudah..tetapi itulah..entah kenapa saya suka buat perkara mudah jadi susah.
Banyak lagi sebenarnya perkara yang saya rasa kalau bagi orang lain adalah perkara mudah, tetapi bila jadi dekat saya selalunya saya akan buat perkara tu lebih leceh,rumit atau susah.
Entahlah...tapi perangai macam ni memang banyak keburukkannya...last-last saya yang pening kepala...tak tahu macam mana nak selesaikan perkara atau sesuatu urusan.
Saya tulis pasal perkara ni pun sebab saya urusan yang agak mudah tetapi bila saya buat ia jadi payah,leceh makan masa dan menyusahkan...haih...entahlah..
Haraplah saya dapat mengatasi masalah atau perangai ni..mungkin saya kena lebih tenang bila nak buat sesuatu urusan atau perkara...
Mohon doa semua ya...
Moga yang baik sahaja untuk kita semua..
Insya-Allah..
amin.
2 comments:
Jangan risau...bukan awak saja macam tu...saya pun apa kurang dan benda ini boleh diselesaikan pelan-pelan
Insyaallah, mungkin mizi boleh mulakan dengan "perancangan". sebelum nak kedai atau ke pasaraya/pasar contohnya tulis dulu barang yg nak dibeli. kalau ammi biasanya masa nak buat list tu ammi akan buka peti ais, buka gobok dapur nak tgk apa yg tak ada, apa yg perlu ditambah.
kalau pergi buta je ke kedai mmg berkali2lah kena repeat.
kena beli satu whiteboard dan tampal je kat bilik... harini nak buat apa, supaya at least mizi tau apa yg tercicir, apa yg dah selesai
Post a Comment