Thursday, January 26, 2023

Pergi jumpa jemaah doktor Perkeso

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Petang tadi bawa bangcik pergi hospital untuk permohonan pencen ilat..kena jumpa dengan jemaah doktor perkeso.

Perkeso ada jemaah doktor dia sendiri yang akan menilai sama ada kita layak atau tak untuk mendapat pencen ilat tersebut..

Tapi, saya tak dibenarkan masuk untuk menemani abang saya...hanya mak saya seorang sahaja yang boleh teman..

Jadi,bila dah selesai semua,mak saya kata permohonan pencen ilat nak lulus adalah tipis.. sebab jemaah doktor tu cakap abang saya muda lagi ..baru 37, masih ada masa untuk sembuh dan kembali bekerja..

Saya diam sahaja...sambil terfikir juga..bangcik memang dari segi fizikal bertambah positif...tetapi dari segi kesihatan mental bagaimana?

Kadang-kadang dia masih tak berapa ingat apa yang terjadi..bercakap pun kadangkala pelik-pelik...

Tapi, apa nak buat...

Semua ni dah tertulis...

Saya dan mak dah buat apa yang boleh..hantar permohonan,turun naik pejabat dan sebagainya..

Selebihnya tengoklah kalau ada rezeki bangcik adalah ..

Mohon doa yang baik-baik sahaja untuk keluarga saya ya..

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua....

Insya-Allah..

Amin.

8 comments:

dear anies said...

andai kata keadaan masih tak berubah (dlm tempoh lbh 5 thn), boleh ke nak mohon pencen ilat sekali lg?

Warisan Petani said...

Harap2 bang cik boleh sembuh sepenuhnya

AzianKhalil said...

semoga abangcik sembuh seperti sediakala

Abam Kie said...

semoga Allah mempermudahkan urusan Mizi sekeluarga. Aamiin...

At-Tarmizi said...

dear anies Saya pun tak pasti yang tu..tapi kalau yang abang saya mohon ni boleh buat rayuan atau mohon semula... tapi mak saya kata kalau yang ni tak lulus dah tak payah buat apa-apa lagi

At-Tarmizi said...

Warisan Petani amin.. terima kasih atas doa WP :)

At-Tarmizi said...

AzianKhalil amin..mudah-mudahan begitu.. :)

At-Tarmizi said...

Abam Kie amin..terima kasih cikgu atas doa :)

Post a Comment