Monday, December 6, 2021

Nak pasang unifi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Baru-baru ni ada ejen unifi datang rumah. Promote suruh pasang unifi. Sekarang rumah pakai streamyx. Tapi rasa macam tak berbaloi, sebab bayar mahal tapi speed cuma 1mbps sahaja.

Dekat kawasan kampung saya ni baru saja dipasang unifi ni. Jadi ejen tu cakap baik saya ambil awal takut port penuh.

Jadi saya fikir nak ambil pakej rm89 untuk 30 Mbps.Kontrak selama 2 tahun.

Cuma,masalahnya sekarang ni saya baca dekat Facebook ramai yang "komplen" customer service diorang susah nak angkat call.

Lepas tu kalau ada problem,lambat nak hantar orang untuk baiki.

Lain-lain yang saya baca,kalau kita terminate awal kita akan dikenakan penalti atau denda, lepas tu ada juga masalah router yang selalu rosak..

Jadi nak tanya jika ada pembaca atau yang terbaca blog saya ni,jika sekarang tengah langgan unifi atau pernah langgan, boleh beri pandangan atau pendapat?

Patutkah saya ambil pakej rm89 untuk 30 Mbps tu atau kekal saja dengan streamyx saya ni?

Moga ada yang sudi memberi bantuan.

Moga ada manfaatnya..

Insya-Allah..
Amin.

6 comments:

Abam Kie said...

Abe kie pun ambik pakej 39mbps tu je. Dpt rebat rm20 selama setahun. OK je pakai. Nanti slps dua thn boleh je tukar ke telco lain....

PeRdU cINta said...

kak PC pun guna unifi juga. Setakat ni alhamdulillah. kalau ada masalah mudah dihubungi dan yang datang baiki pun ok.

Warisan Petani said...

Tepuk poket tanya selera

Muhammad Naim Abdullah said...

Jika tak mampu better hold dulu unifi. Speed tu ikut kawasan gak bro. Last2 speed mkin slow.😊😊

Syu Deris said...

Saya pakai prepaid jer.Hu3.
Alhamdulillah. Lagi better dari husband yang pakai TM unifi mobile 😅. Nama jer unlimited plan. Line siput.

Dasir Rounin said...

rasanya better pakai Unifi.. Streamyx tu hanya untuk mereka yang tak mendapat liputan Unifi.. Kalau area Tuan da ada Unifi, try la..

untuk masalah :-
"Lain-lain yang saya baca,kalau kita terminate awal kita akan dikenakan penalti atau denda, lepas tu ada juga masalah router yang selalu rosak.."

rasanya ianya berlaku juga kepada Streamyx.

Pengalaman saya, kalau nak mendapat layanan lebih cepat, cuba hubungi pihak Unifi melalui Twitter..

Post a Comment