Wednesday, September 15, 2021

Rasa macam kena tipu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni rasa macam kena tipu pula.

Tadi pergi hantar kereta saga untuk tukar tayar sebab dah botak.

Bila sampai kedai,deal apa semua,tauke tu cakap rm600 siap semua,termasuk alignment dan balancing.Tukar empat-empat tayar.

Tayar jenama duraturn,saiz 195/55/15.Tayar baru.

Dekat shoppe dalam rm120-130 macam tulah harga sebiji tayar.

Bila tukar semua termasuk tukar skru apa entah..rm10 sebatang,yang ni pun kena tipu juga rasanya..sebab cek dekat kedai spare part..baru 3,4 ringgit.

Lepas tu bila dah siap tukar tayar..tak buat alignment pun..pelik betul.

Bila tanya,cakap buat alignment harga lain..kena caj rm25..

Malas nak layan dan rasa macam kena tipu,saya tak buat alignment.

Jadi jumlah semua saya kena bayar rm640 ringgit.

Pening kepala,saya dah lah nak dekat sebulan tak pergi niaga.

Bukan biasa tukar tayar sekali dengan allignment dan balancing ke?

Pergi kedai ni sebab dekat dengan rumah saja..bahaya nak bawa kereta jauh sebab tayar dah botak habis.Tidak boleh juga saya cari kedai lain.

Entahlah...

Betullah orang cakap..nak bawa kereta ni sedikit sebanyak kena tahu pasal asas jaga kereta.

Kalau tak nanti mudah kena tipu.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

4 comments:

Abam Kie said...

Abe pun x berapa tahu tentang kereta. Bila pi baiki terasa mahal kena caj.

Warisan Petani said...

Deal harga sebelum servis dibuat itu sangat penting

At-Tarmizi said...

Abam Kie samalah dengan saya cikgu,kena bawa kawan yang mahir baru tak rasa kena tipu sangat

At-Tarmizi said...

Warisan Petani betul tu WP,macam kes saya ni mula dah deal tapi lepas tu jadi lain pula..

Post a Comment