Tuesday, June 2, 2020

Tanaman senang tanam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Saya suka berkebun, menaman pokok, bercucuk tanam di halaman rumah.

Sebab dapat melapangkan fikiran,mengeluarkan peluh dan rasa seronok bila tanaman kita menjadi.

Saya tak pandai dalam bab berkebun ni, cuma suka-suka nak bercucuk tanam.

Sepanjang saya menanam, ada beberapa tanaman yang saya lihat tak perlukan penjagaan yang rapi.

Saya jenis suka tanam, lepas tu siram air,bubuh baja sikit-sikit, lepas tu tinggal begitu saja.

Oleh itu, ada beberapa tanaman yang saya lihat sesuai untuk golongan macam saya ni.

Baik antara tanaman yang saya lihat mudah ditanam ialah:

8.1.2019 ~ Ubi Kayu ( Manihot... - Pejabat Pertanian Daerah Kulai ...

1) Ubi kayu
dekat belakang rumah mak saya,memang ada ditanam ubi ni. Cucuk saja batang ubi,nanti selang beberapa hari akan keluar daunnya. Cuma perlu siram sahaja..tapi masalah utama yang saya lihat ialah masalah kulat atau "bena putih" yang ada dekat daun-daun pokok ubi. Saya guna cara manual sahaja nak atasi masalah ni, mana pokok ubi yang ada bena putih ni,saya cabut semua daunnya,nanti akan keluar daun baru, tapi tulah nak kena rajin cabut....sebab saya tak pakai racun. Nak dapat daun tanpa sebarang semburan racun.

HidupSeorangPetani: Serai oh serai

2) Serai
-serai ni saya rasa memang antara tanaman wajib ada bagi rumah yang ada ruang untuk bercucuk tanam. Cara nak tanam pun mudah. Kerat batang,ambi bahagian bawah, rendam dalam air selama beberapa hari sehingga keluar akar, lepas tu pindahkan ke tanah. Saya cuma siram air sahaja,tak ada bubuh baja atau bagi semburan racun dekat serai yang saya tanam. Masa yang diambil bagi serai untuk membesar biasanya dalam 6 bulan ke atas.

Pokok Kesum-Daun kesum-Daun Laksa | Shopee Malaysia

3) Kesum
- kesum ni ada kalanya mudah ditanam,mudah naik dan ada kalanya tak menjadi juga. Biasanya nak tanam kesum ni, saya buat cara yang sama macam serai, rendam dalam air,sampai keluar akar, nanti saya akan cucuk ke tanah. Kesum ni biasanya kena ada air yang banyak. Saya tanam dekat dengan saluran air rumah saya. Boleh digunakan untuk pakai sendiri, contohnya nak masak asam pedas atau laksa.

Daun kunyit, Home & Furniture, Gardening on Carousell

4) Kunyit
-kunyit saya tanam untuk ambil daunnya, saya ambil kunyit hidup yang agak-agak tak berapa tua,kemudian saya akan semaikan dalam polibeg yang diisi dengan tanah hitam. Kunyit ni kena banyak siram air. Lama juga daun kunyit ni nak keluar. Saya letak polibeg dekat atas rak yang dapat sinaran matahari. Kena rajin siram air dan kena banyak sabar nak tunggu daun kunyit keluar.Satu polibeg satu kunyit hidup.


Anim Agro Technology: TANAM KACANG BOTOR - TIPS

5)Kacang botor/botol
-saya tanam kacang botor sebab saya baca dekat internet antara tumbuhan yang senang ditanam antaranya kacang botor. Saya tanam kacang botor dari benih yang saya beli dekat kedai dua ringgit. Cara yang saya buat, rendam sehari benih kacang botor tu dalam bekas atau mangkuk yang berisi air paip, lepas tu esoknya saya tanam dalam tanah. Satu biji benih kacang botor saya buat satu lubang. Lepas tu lebih kurang dalam seminggu tak silap saya, anak pokok kacang botor akan keluar, kena buat batas sebab kacang botor jenis melilit. Kacang botor ni kena banyak siram air dan kena dapat cahaya matahari. Jujurnya ada kacang botor saya yang keluar cepat dan ada juga yang berbulan lamanya nak keluar bunga. Tapi bila keluar bunga dan jadi buah tu rasa seronok betul tengok.

*semua gambar yang saya letak adalah daripada google images.


Ok setakat ni sahaja perkongsian saya tentang tanaman yang senang tumbuh bagi saya, sedikit tambahan saya guna tanah hitam atau tanah bekas sampah yang dibakar, dan juga sedikit baja tahi ayam untuk tanaman saya. Baja tahi ayam tu saya tabur agak jauh sedikit dari pangkal pokok sebab baja ni orang kata panas,boleh mati pokok,jadi nak tabur elok letak agak jauh sedikit dari pangkal pokok.

Moga ada info atau maklumat berguna yang dapat saya kongsikan kepada pembaca atau mereka yang terbaca blog saya ini.


Saya juga mohon maaf kalau ada tersilap dalam berkongsi maklumat.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.

24 comments:

marsha said...

Seronokkan berkebun. Marsha ada kebun kecik depan rumah. Tp semua tanam dalam pasu. Oklah dari tak ada langsung..hihi

atiehilmi.com said...

meriahnya hasil tanaman !! suka kakak tengok.. hee~ kakak dok rumah atas kayangan, tak de tanah nak bercucuk tanam.. mampu tengok dan seronok kat tanaman orang lain je lah..

Izyan Balqis said...

Bgusnya brccuk tanam...

Nadia Johari said...

Kalau kat kmpung mmg banyak tanaman ni. Senang je nak mask petik.. Hahaha.. Tapi nad dh kat bandar, bawk balik sikit, habis mati.. Ayoyo.. Pastu terus rasa nak tanam pokok dh mls. Tapi kita suka tgk sebb hijau2 semuanya

Warisan Petani said...

Pokok ubi kayu paling senang tanam tapi sang khinzir paling suka sondol

Sir Zuki said...

masa kanak2 selalu je tolong ma n ayah siram sayur. dah tua ni cuma tanam serai je sbb ia mudah hidup.

uncle gedek said...

Uncle ni tangan panas... tanam serba tak jadi.

sofieadie said...

masa kecik dulu kawasan sekitar rumah saya penuh dengan tanaman ni. siap berkelah dekat kebun ubi kayu lagi sambil-sambil tanam jagung. palaing takut sekali kalau bertembung dengan ular daun. ergh!!! seram!

Silah Hassy said...

Berguna sangat ni tanaman2 yang disenaraikan. Senang nak masak 😁

PeRdU cINta said...

Bersemangat tau bila apa yang ditanam menampakkan hasil.Rasa kepuasan yang lain macam.

At-Tarmizi said...

marsha dalam pasu pun ok, asal dapat menanam kira syukur sangat dah tu =)

At-Tarmizi said...

atiehilmi.com tak apa,samalah saya pun kadang tumpang seronok tengok orang lain menanam =)

At-Tarmizi said...

Izyan Balqis memang seronok,lagi ramai yang bercucuk tanam lagi seronok =)

At-Tarmizi said...

Nadia Johari samalah,saya pun seronok tengok pokok-pokok,hijau nyaman saja rasanya =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani betul tu,mujur saya tanam sikit-sikit saja dekat rumah =)

At-Tarmizi said...

Sir Zuki tanam serai pun ok cikgu,ada harga juga tu..nak-nak lagi bulan puasa =)

At-Tarmizi said...

uncle gedek tanam saja uncle,ada rezeki tumbuh,tumbuhlah..kalau tak,kira tak ada rezeki =)

At-Tarmizi said...

sofieadie wah mesti banyak ilmu berkebun ni =)

At-Tarmizi said...

Silah Hassy kan,senang,bila nak masak petik saja =)

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta setuju,rasa seronok sangat tengok tanaman menjadi =)

Hans Hanis said...

seronoknya rumah ada tanah halaman
leh tanam macam-macam :)

Cik TK said...

best bila tanam tanaman yang kita guna especially. Contoh nak daun pandan ke, daun limau purut ke, kucai, daun kunyit, daun bawang semua tinggal ambil je luar rumah...

At-Tarmizi said...

Hans Hanis rumah emak,saya tak ada rumah sendiri lagi.. =)

At-Tarmizi said...

Cik TK betul,dapat juga jimat duit sikit-sikit =)

Post a Comment