Saturday, June 15, 2019

Gagal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaflah sebab post saya banyak cerita tentang kegagalan,rungutan dan perkara negatif tentang kehidupan saya.

Sebab saya rasa diri saya memang seorang yang gagal.

Saya berjaja secara kecil-kecilan,pendapatan tak menentu,simpanan pun kurang.

Selain itu, walaupun saya ada lesen kereta tetapi sudah hampir 3 tahun saya masih tak pandai bawa kereta.

Saya juga mengalami masalah obesiti.Sekejap sahaja badan mudah rasa penat.Malah berat badan saya makin bertambah.

Selain itu,saya dapati sekarang ini saya mudah lupa, terkadang saya pergi ke dapur,lepas tu saya lupa tujuan saya pergi ke dapur.

Perkara seperti ini buat saya rasa tertekan, mungkinkah saya mengalami masalah depresi?

Tetapi jika benar saya ada masalah depresi, apa yang perlu saya lakukan?

Hasil carian di internet, saya kena pergi rujuk pakar...tetapi saya tak tahu caranya...

Kena pergi hospital mana?nak pergi bahagian mana?apa langkah pertama yang perlu dilakukan?

Saya tahu ada kenalan saya yang tahu pasal blog saya ini, dan selalu juga menjadikan post di blog saya ini sebagai bahan usikan kepada saya.Jadi saya rasa berat untuk post perkara ini.

Banyak kali juga saya berfikir untuk post ini, tetapi saya takut kalau makin saya pendam masalah ini, makin teruk saya nanti.

Malah saya tahu ramai lagi ada masalah yang lagi besar, cuma saya harap ada yang membaca atau terbaca post saya ini dapat memberi panduan,pandangan,cadangan atau langkah yang boleh saya ambil.

Jika ada yang tahu cara nak dapatkan rawatan harapnya sudilah berkongsi dengan saya.

Sebab saya tak rasa nak pergi hospital, sebab kalau nak pergi hospital swasta memang saya tak mampu,kalau pergi hospital kerajaan, maaflah saya cakap ini,tetapi saya banyak pengalaman yang tak manis semasa berurusan dengan hospital kerajaan.

Mohon doa semua..

12 comments:

ray said...

Semoga Allah permudahkan semuanya and jumpe jalan penyelesaiannya. In shaa Allah aamiin

Wani Sukarno said...

Solat dan mohon doa kepada Allah , cuba luahkan juga dekat sesiapa yang rapat, mak ayah ke , kadang - kadang ada benda kita nak bercakap dengan seseorang . Semoga Allah permudahkan urusan saudara ya

cikguzim said...

Doa dan terus berdoa

Warisan Petani said...

Tanamkan sikap positif dalam diri
Setiap kelemahan adalah ujian yang ada jalan penyelesaian.

At-Tarmizi said...

ray terima kasih atas doanya =)

At-Tarmizi said...

Wani Sukarno terima kasih atas nasihat dan pandangan, moga saya dapat mengatasi masalah ini =)

At-Tarmizi said...

cikguzim insya-Allah cikgu,terima kasih ya =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani insya-Allah,terima kasih ya atas nasihat dan pandangan =)

dear anies said...

insya allah nanti saya cuba tanya kwn sy. dia keje dlm bidang berkaitan. kalau dia sudi bantu, sy akan beritahu

At-Tarmizi said...

dear anies Alhamdulillah..terima kasih banyak ya..terima kasih kerana sudi membantu.. =)

mamapp said...

Jgn MCM tu tarmizi.. kegagalan adalah permulaan utk kejayaan

At-Tarmizi said...

mamapp insya-Allah..amin,mudah-mudahan begitulah =)

Post a Comment