Pagis

Tuesday, August 5, 2014

Membeli DVD Cara Membuat Roti...cubaan seterusnya untuk cuba menjana pendapatan melalui internet

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

                                     

Hari ini telah membeli DVD membuat roti@bun secara "online"

Sebenarnya, banyak juga produk yang dibeli secara "online", seperti e-book,produk audio,buku masakan,teddy bear,dan kini dvd...

Terdedah kepada pembelian secara "online" bila saya bercita-cita ingin menjadi seperti Dr.Irfan Khairi semasa berumur 19 tahun...dan kemudiannya meletakkan matlamat menjadi seorang usahawan jutawan internet ketika berumur 25 tahun...

Kini sudah berumur 24 tahun tetapi masih gagal menjana sebarang pendapatan......pernah cuba menjadi droship kepada produk,menjadi agen affliate,menyertai skim pelaburan,memasang iklan di blog namun masih tidak berjaya........

Menghadiri seminar-seminar perniagaan sama ada yang berkaitan perniagaan internet atau seminar perniagaan secara konvensional, sama ada seminar berbayar atau seminar secara percuma anjuran jabatan-jabatan/persatuan tertentu.......

Hakikatnya,kegagalan ini berpunca daripada diri sendiri, mendengar kawan berkata mengenai sesuatu pelaburan yang menguntungkan dan boleh buat duit secara online,maka akan menyertainya....membaca sesuatu testimoni mengenai sesuatu produk yang dapat memberi duit secara online,maka akan menyertainya, melihat ada orang yang berjaya membuat duit secara dropship,maka turut melaburkan duit untuk menyertai dropship......jelas...gagal kerana tidak fokus dan terikut dengan kawan.....

Produk atau pelaburan yang disertai memang dipercayai dan terbukti ramai yang telah berjaya buat duit secara online~tetapi saya masih tidak dapat menjana sebarang pendapatan daripada internet....

Tetapi saya tetap terus membeli.....dengan harapan dapat membuat duit di internet...kali ini saya membeli DVD cara membuat bun/roti.......dengan harapan selain boleh dijual di alam maya juga boleh dijual di alam sebenar....

Berharap semoga kali ini akan berjaya mendapat duit daripada pembelian secara "online" kali ini......otak asyik berfikir-fikir sebelum membuat keputusan untuk membeli DVD membuat roti ini~kerana tidak mahu pembelian kali ini menjadi sia-sia.......dan akhirnya keputusan membeli dibuat juga..............semoga saya berjaya membuat roti dan berjaya menjualnya dengan izin-Nya

Buat Kalian Generasi Selepas Diri yang ~HEBAT!!! semoga ada manfaatnya "post"kali ini..........

insya-Allah...

amin.

0 comments:

Post a Comment