Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.......
Syukur kepada Allah...
Menyingkap semula proses..................................
Pergi mendaftar bersama emak....
Menghadiri kuliah....mendengar ceramah memandu.......
Menunggu lesen L siap..agak lama..sehingga sebulan lebih...akibat masalah yang timbul..sedangkan lesen L sudah lama disiapkan....
Menghadiri kelas memandu..tempoh belajar memandu ialah 10 jam....tetapi ianya memakan masa yang begitu lama sehingga hampir 3 bulan...kerana perlu menunggu kekosongan kelas dan faktor hujan sehingga tidak boleh hadir kelas...
Mencari rakan yang boleh mengajar memandu...bertanya sana-sini..sehingga berniat sanggup pergi Kedah semata-mata ingin kawan mengajar memandu....tetapi hajat itu dibatalkan.......
Menahan telinga dengan makian daripada seorang abang yang sanggup mengajar buat sementara waktu...lebih makian daripada ajaran sebenarnya......
Belajar membawa kereta daripada seorang kawan abang...tetapi hanya satu hari..kerana diserang demam keesokkan harinya......
Mencari guru alternatif yang sanggup mengajar.....akhirnya berjaya memujuk seorang guru memandu menjadi guru alternatif........
Seterusnya........
Menduduki ujian Pra-Test JPJ......lulus walaupun terasa hampir gagal.....
Menghabiskan seisi latihan 10 jam dan menghadapi kesukaran dalam mendaki bukit.....
Menduduki ujian JPJ sebenar....
Berjaya mengatasi ujian bukit walaupun enjin mati.....tetapi berjaya juga disempurnakan......
Berjaya melakukan "side-parking"
Berjaya melakukan tiga penjuru
Berjaya menjalani ujian jalan raya walaupun menghadapi kesukaran dalam "hand-brake" dan terlupa menentukan gear dalam keadaan bebas awalnya.......
Akhirnya lulus dengan markah 16/20.......
Begitu lama proses mendapatkan lesen memandu kereta...bulan 2 mendaftar.....bulan 3 menunggu lesen L siap sedangkan sudah lama siap tetapi akibat berlaku salah faham...bulan 4 baru mendapat lesen L dan memulakan kelas belajar memandu...menunggu kekosongan kelas...tidak dapat hadir kelas kerana hujan.......bulan 6 tempoh belajar berjaya dihabiskan dan mengambil ujian memandu...bulan 7 lesen kelas D berjaya diperolehi.........
Alhamdullillah.....................................................................................
Semoga ada manfaatnya "post" kali ini......................................................................................
insya-Allah...................................
amin.
0 comments:
Post a Comment