Pagis

Tuesday, December 31, 2013

Sudah masuk 2014....

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Sudah masuk tahun 2014...

Selesai menjalani latihan praktikal di Kolej Komuniti Tangga Batu...

Selesai mendapat pointer 3.00 ke atas...

Selesai bergraduat daripada Universiti Malaysia Sarawak...

Memasuki tahun 2014...

Mendapatkan lesen memandu kereta...

Mencari pekerjaan tetap dan cuba kekal bekerja...

Berniaga...dan cuba bertahan menerima pandangan masyarakat yang melihat diri sebagai seseorang yang tidak bekerja...

Sekiranya ada rezeki......ingin menyambung pelajaran.....

Cuba memiliki koleksi Majalah Inspirasi Kejayaan oleh Irfan Khairi....

Cuba membasuh motor sehari sekali...atau sekurang-kurangnya seminggu sekali...

Cuba memulakan kebun kecil........

Terlalu banyak yang ingin dilakukan.......

Solat......yang kadangkala buat...kadangkala tidak......solat Subuh...begitu jarang dapat dilaksanakan.......

Sedekah......betapa ingin dipertingkatkan.............

Diri ini~hamba Allah yang lemah...manusia yang tidak pernah puas............saya percaya Kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT!!  pasti ada keinginan untuk lebih HEBAT!!!  ya..pasti boleh kerana bersyukur..nasihat guru saya..mereka yang bersyukur akan diberikan lebih lagi oleh Allah s.w.t......maka dengan bersyukur dengan perkara yang sepatutnya menjadikan Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT!!!


insya-Allah...

amin.

0 comments:

Post a Comment