Pagis

Tuesday, May 21, 2013

Ponteng Kelas ..Maafkan diri ini..Dr.Siti Akmar dan Dr.Zaiton

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

 


Diri ini-Ahmad Tarmizi bin Mohktar~seorang hamba Allah yang lemah ingin memohon maaf kepada pensyarah Dr.Siti Akmar yang mengajar akuatik dan kepada Dr.Zaiton yang merupakan pensyarah yang selain mengajar subjek universiti tetapi juga sebagai "supervisor"kepada Projek Tahun Akhir(PTA) saya.

Maaf Dr.Siti Akmar kerana berbohong dengan menyatakan saya~hamba Allah yang lemah...ada pembentangan Projek Tahun Akhir(PTA)sedangkan hakikatnya saya tidak ada pembentangan tersebut sebaliknya memberi alasan supaya saya tidak perlu pergi ke makmal bagi menjalankan ujikaji kerana saya tidak berminat dalam melakukan eksprimen di makmal.  Walaupun,semasa dalam kelas,Doktor Siti Akmar tidak menyuruh saya menyertai semula(mungkin kerana percaya dengan cakap saya) dan melakukan eksprimen di makmal,saya tetap rasa bersalah.

Maaf Dr.Zaiton kerana tidak hadir ke kelas  "Work-Life Balance" kerana tertidur...mungkin alasan yang diberi nanti ialah pergi ke TM Center dan ASTRO SERVICE tetapi ianya tetap satu bohong kepada ketidak hadiran saya ke kelas.

Allah...kemudiannya telah menunjukkan dan memberi pengajaran kepada diri saya apabila Dr.Zaiton tidak mengadakan kelas hari Rabu...pengajaran yang bermakna..alangkah sia-sianya ponteng kelas hari Isnin.

Saya~hamba Allah yang lemah tidak mempunyai keberanian untuk berjumpa dengan Dr.Siti Akmar dan Dr.Zaiton..jadi dengan "post" ini diharapkan Dr.Siti Akmar dan Dr.Zaiton akan terbaca satu hari nanti dan memaafkan saya~hamba Allah yang lemah.

Maaf...

~Buat kalian Generasi Selepas Diri-tolong tidak ponteng kelas kerana ianya merugikan sedangkan kalian-Hebat~...insya-Allah...


amin.


0 comments:

Post a Comment