Sunday, November 27, 2011

FOKUS 10 MINIT

As-salam



Fokus,mengikut buku yang pernah aku baca fokus atau tumpuan pemain bola sepak yang paling maksimum adalah pada 10 minit terakhir. Mengapa? mengikut buku motivasi yang aku lupa(kelemahan harus ada dalam manusia berlaku lagi)tajuk dan penulisnya mencatatkan bahawa 10 minit terakhir merupakan penentu kejayaan sesebuah pasukan itu sama ada mampu menang,menerima kekalahan atau akur dengan seri.

Fokus,di sinilah fokus memainkan peranan penting dalam diri pemain,mental harus kuat-betapa kagumnya diri ini kepada mereka,dalam menghadapi dan menyerap asakan khususnya dari aspek mental.

Fokus juga menyaksikan bagaimana sebuah pasukan bola sepak mampu bangkit dari kekalahan,menukar kemenangan kepada kekalahan dan mengikat keputusan seri.

Diri ini cuba mengaitkan fokus 10 minit terakhir dalam perlawanan bola sepak dengan kehidupan yang dialami~betapa sering sahaja diri mudah berpuas hati sehingga menyebabkan 10 minit terakhir dalam mencapai sesuatu dalam hidup terlepas-mencipta kekalahan sedangkan kejayaan hampir digenggam.

Harus diubah dan berubah,fokus diri ini harus diolah, mudah berpuas hati ternyata memakan diri.

Salam Maal Hijrah/Awal Muharram 1433H

0 comments:

Post a Comment