Assalamualaikum w.b.t
Jahil,satu istilah yang menggambarkan kurangnya pengetahuan seseorang itu sama ada dari segi intelek mahupun emosi.
Semasa aku belajar tentang tamadun islam,keadaan masyarakat Arab sebelum munculnya islam digelar sebagai zaman jahilliyah kerana masyarakatnya yang mengamalkan gaya hidup yang "kurang cerdik" seperti zina,bergaduh,dan kaum wanita dianggap sebagai kaum yang hina.Justeru,amalan membunuh bayi perempuan wujud kerana kaum keluarga menganggap perempuan itu sesuatu yang memalukan keluarga.
Itu cerita sejarah,cerita sebelum munculnya Islam,yang membawa kepada meluasnya ilmu pengetahuan,yang memberi kesedaran akan jahilnya kita tanpa ilmu.
Tapi,bolehkah kita sekarang dengan mendabik dada?berkata sombong,aku bukan bangsa yang jahil???benarkah kenyataan ini???
Aku rasa diri ini masih jahil lagi dan sampai bila-bila pun tetap jahil...
Kenapa aku rasa macam tu?? mudah jawapannya sebab ilmu tu tak pernah cukup dan tak akan habis selagi kita masih melakukan proses pernafasan dalam hidup ini selagi itulah kita kena menuntut ilmu.
Sekarang,bila aku fikir-fikir balik,memang "kosong" betul aku nie...................
ya-Allah,tambahkanlah ilmu ku,tambahkanlah kefahaman ku,dan tambahkan cintaku kepada-Mu.
0 comments:
Post a Comment